Lelaki warga China lemas ketika aktiviti selam permukaan di Pulau Perhentian
Lelaki warga China lemas ketika aktiviti selam permukaan di Pulau Perhentian

BESUT: Seorang pelancong lelaki warga China lemas ketika menyertai aktiviti selam permukaan di Teluk Keke, Pulau Perhentian Besar, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim, berkata mangsa, 68, terlebih dahulu dikatakan tidak sedarkan diri semasa aktiviti itu bersama rakan-rakannya kira-kira jam 11.40 pagi.
“Mangsa kemudian dibawa ke Klinik kesihatan Pulau Perhentian untuk rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia.
“Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kesan kecederaan dan setakat ini tiada unsur jenayah dikesan,” katanya melalui kenyataan.
Mohd Rozaime berkata hasil bedah siasat di Unit Forensik Hospital Besut mengesahkan punca kematian akibat lemas atau komplikasi berkaitan aktiviti dalam air.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Lelaki warga China lemas ketika aktiviti selam permukaan di Pulau Perhentian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perhimpunan Agung UMNO 2026 Akan Diadakan Pada 12 – 16 Ogos
- Ulang Tahun Ke-80: UMNO Bakal Anjur Kongres Pendidikan Bumiputera
- Ramadan Perkukuh Perpaduan, Kestabilan Ekonomi Asas Keharmonian Negara – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
You must be logged in to post a comment.