Lammens nikmati cabaran fizikal Liga Perdana Inggeris
Lammens nikmati cabaran fizikal Liga Perdana Inggeris

London: Penjaga gol Manchester United, Senne Lammens mengakui dia menikmati cabaran fizikal Liga Perdana Inggeris selepas membantu pasukannya meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Everton di tempat lawan.
Perlawanan Isnin lalu di Stadium Hill Dickinson menyaksikan Everton cuba memberi tekanan kepada Lammens dengan memenuhi kotak penalti ketika beberapa sepakan sudut, selain menguji penjaga gol berusia 23 tahun itu menerusi deretan percubaan jarak jauh.
Namun, pemain Belgium yang sebelum ini beraksi bersama Royal Antwerp itu kekal kental, meneruskan permulaan cemerlang dalam karier Liga Perdana.
Ramai penjaga gol luar negara sering bergelut pada peringkat awal akibat sifat fizikal permainan di England, namun Lammens menyahut cabaran itu, dengan prestasinya membantu United kembali ke kelompok empat teratas di bawah kendalian pengurus sementara, Michael Carrick.
“Bagi saya, memang begitulah keadaannya,” katanya hari ini. “Ini Liga Perdana. Ia penuh fizikal dan seperti yang anda katakan, sedikit ‘perang’ dalam kotak penalti. Itu juga antara kekuatan saya, jadi kadang-kadang saya menikmati cabaran itu.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jalinan Mesra Ramadan UMNO Segambut Pererat Silaturrahim
- PhD Aeroangkasa Bukan Jaminan Jadi Pemimpin Hebat – Shaiful Hazizy
- Ramadan Penuh Keakraban, Johan Pererat Hubungan Bersama Akar Umbi
Tambahnya: “Sudah tentu perlu ada peraturan, ia tidak boleh melampau.
“Tetapi saya menikmatinya, keluar sedikit dari zon selesa dan menangani situasi seperti ini kerana walaupun ramai pemain berada di sekeliling saya, saya masih mampu keluar menyambut hantaran lintang. Itu memberi saya keyakinan bahawa saya beraksi dengan baik.”
United mendapatkan khidmat Lammens dengan yuran £18 juta pada hari terakhir jendela perpindahan September lalu dan sejak itu dia berjaya menyingkirkan Altay Bayindir yang sebelum ini menggantikan Andre Onana di posisi penjaga gol utama.
Ini baru musim kedua Lammens dalam bola sepak profesional, namun penjaga gol setinggi 1.93 meter itu sudah menyesuaikan diri dengan baik terhadap tuntutan beraksi bersama kelab berprofil tinggi seperti United.
“Saya pernah kata beberapa minggu lalu saya sukar membayangkan permulaan yang lebih baik,” jelas Lammens.
“Tetapi saya juga tidak mahu terlalu memandang ke belakang. Ia memang hebat, namun saya masih perlu membuktikan diri setiap minggu.”
Lammens nikmati cabaran fizikal Liga Perdana Inggeris
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perhimpunan Agung UMNO 2026 Akan Diadakan Pada 12 – 16 Ogos
- Ulang Tahun Ke-80: UMNO Bakal Anjur Kongres Pendidikan Bumiputera
- Ramadan Perkukuh Perpaduan, Kestabilan Ekonomi Asas Keharmonian Negara – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
You must be logged in to post a comment.