‘Kopi’ ditembak mati: Mahkamah tolak saman 4 aktivis haiwan terhadap Kerajaan Terengganu, MDB
‘Kopi’ ditembak mati: Mahkamah tolak saman 4 aktivis haiwan terhadap Kerajaan Terengganu, MDB

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak saman empat aktivis haiwan terhadap Majlis Daerah Besut (MDB) dan Kerajaan Terengganu berhubung kematian seekor anjing bernama ‘Kopi’ yang ditembak oleh pihak berkuasa tempatan, dua tahun lalu.
Peguam, Adam Luqman Amdan yang mewakili MDB, memberitahu media bahawa keputusan itu disampaikan Pesuruhjaya Kehakiman, Yusrin Faidz Yusoff, melalui aplikasi Zoom, hari ini.
Kesemua plaintif membabitkan Dr Kartini Farah Abdul Rahim, S Mukunnan, Hong Hai San serta Shashi Kumar (mewakili Persatuan Kebajikan Anjing dan Kucing Terbiar Selangor) memfailkan saman itu pada 10 Disember 2024 dengan menamakan MDB dan Kerajaan Terengganu sebagai defendan.
Adam Luqman berkata, Yusrin Faidz memutuskan bahawa plaintif tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman pemula kerana mereka bukan penduduk Besut serta gagal membuktikan mereka memiliki kepentingan sebenar dalam kes itu.
Selain itu, beliau berkata, Yusrin Faidz menyatakan deklarasi yang dimohon plaintif bahawa tindakan MDB menembak Kopi bercanggah dengan Seksyen 29(1)(e) dan Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015, adalah bersamaan percubaan untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah melalui prosiding sivil.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jalinan Mesra Ramadan UMNO Segambut Pererat Silaturrahim
- PhD Aeroangkasa Bukan Jaminan Jadi Pemimpin Hebat – Shaiful Hazizy
- Ramadan Penuh Keakraban, Johan Pererat Hubungan Bersama Akar Umbi
“Mahkamah bersetuju dengan hujahan kami bahawa relif-relif ini pada hakikatnya akan menentukan liabiliti jenayah melalui prosiding sivil, sekali gus bercanggah dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan berhubung pengasingan kuasa dan mengatasi kuasa pendakwaan Peguam Negara,” katanya.
Adam Luqman berkata, mahkamah turut memutuskan Seksyen 30 Akta Kebajikan Haiwan 2015 dengan jelas memperuntukkan bahawa penggunaan senjata api bagi tujuan kawalan populasi haiwan adalah dibenarkan.
“Mahkamah memutuskan bahawa tindakan menembak haiwan bagi tujuan kawalan populasi haiwan, adalah selaras peruntukan Akta Kebajikan Haiwan 2015 serta Seksyen 9(1) dan (2) Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing Majlis Daerah Besut,” katanya.
Peguam itu berkata, mahkamah turut memutuskan bahawa Kerajaan Terengganu tidak bertanggungjawab secara vikarius terhadap keadaan dalam kes itu.
MDB turut diwakili oleh peguam, Mohammad Zaid Daud dan Mohd Munzeer Zainul Abidin, manakala Kerajaan Terengganu diwakili Peguam Persekutuan, Zulfazliah Mahmud.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Komited Perkasa Agenda Bumiputera Secara Berfokus – Mohamad Alamin
- Imarah Ramadan Penuh Makna, Jalaluddin Santuni Rakyat Dan Pelajar Tahfiz
- UMNO Sabah Genap 35 Tahun: Setia Dalam Badai, Teguh Dalam Perubahan – Jaffry
1091 Kes HIV Sejak 2020: KPT Perkukuh Usaha Pencegahan di IPT – Zambry
Peguam, Harvinpaul pula mewakili keempat-empat aktivis terbabit.
Plaintif telah memohon deklarasi bahawa tindakan menembak Kopi adalah melanggar Akta Kebajikan Haiwan 2015, khususnya Seksyen 29(e) dan 30(1), yang melarang penggunaan senjata api terhadap haiwan, selain mencabar kesahihan beberapa peruntukan dalam Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing Majlis Daerah Besut serta mendakwa peruntukan itu bercanggah dengan Akta Kebajikan Haiwan.
‘Kopi’ ditembak mati: Mahkamah tolak saman 4 aktivis haiwan terhadap Kerajaan Terengganu, MDB
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perhimpunan Agung UMNO 2026 Akan Diadakan Pada 12 – 16 Ogos
- Ulang Tahun Ke-80: UMNO Bakal Anjur Kongres Pendidikan Bumiputera
- Ramadan Perkukuh Perpaduan, Kestabilan Ekonomi Asas Keharmonian Negara – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
You must be logged in to post a comment.