Kebakaran kilang getah: Rumah, kereta dan khemah bazar bertukar kehitaman
Kebakaran kilang getah: Rumah, kereta dan khemah bazar bertukar kehitaman

KULAI: Kebakaran kilang getah di Kawasan Perindustrian Sengkang, di sini sejak kelmarin menyebabkan harta benda penduduk dan peniaga Bazar Ramadan bertukar kehitaman.
Penduduk dan peniaga mendakwa, asap tebal daripada getah yang terbakar diikuti hujan lebat ketika kejadian kira-kira 4.37 petang itu menyebabkan air hujan menjadi melekit dan kehitaman.
Seorang peniaga restoran, Siti Fathimah Hatmin, 41, dari Taman Temenggong di sini berkata bukan sahaja khemah didirikan di luar kedai kehitaman, malah tujuh kereta miliknya dan pekerja turut menerima nasib sama akibat ditimpa hujan bercampur asap tebal kebakaran.
“Saya sendiri kerugian kira-kira RM1,000 akibat kerosakan khemah, selain perlu mengilatkan semula kereta yang berminyak hitam di pusat cuci kereta,” katanya hari ini.
Terdahulu, tular video berdurasi 25 saat di laman sosial memaparkan beberapa penduduk terjejas akibat kebakaran sibuk membasuh kereta di rumah masing-masing.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jalinan Mesra Ramadan UMNO Segambut Pererat Silaturrahim
- PhD Aeroangkasa Bukan Jaminan Jadi Pemimpin Hebat – Shaiful Hazizy
- Ramadan Penuh Keakraban, Johan Pererat Hubungan Bersama Akar Umbi
Sehingga jam 2 petang ini operasi memadam baki 10 peratus lagi kebakaran di kilang berkenaan sedang giat dijalankan.
Penduduk Taman Gunung Pulai, Lim Kiok Tee, 69, berkata rumahnya yang baharu sahaja dicat sempena Tahun Baharu Cina turut terkesan apabila cat luar bewarna putih bertukar kehitaman selepas ditimpa hujan ketika kejadian.
“Kejadian itu menyebabkan saya tidak dapat menerima tetamu dan terpaksa pergi beraya di rumah adik untuk mengelak tetamu berkunjung ke rumah dalam keadaan sebegitu,” katanya.
Terdahulu, tular video berdurasi 25 saat di laman sosial memaparkan beberapa penduduk terjejas akibat kebakaran sibuk membasuh kereta di rumah masing-masing.
Sehingga jam 2 petang ini operasi memadam baki 10 peratus lagi kebakaran di kilang berkenaan sedang giat dijalankan.
Kebakaran kilang getah: Rumah, kereta dan khemah bazar bertukar kehitaman
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perhimpunan Agung UMNO 2026 Akan Diadakan Pada 12 – 16 Ogos
- Ulang Tahun Ke-80: UMNO Bakal Anjur Kongres Pendidikan Bumiputera
- Ramadan Perkukuh Perpaduan, Kestabilan Ekonomi Asas Keharmonian Negara – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
You must be logged in to post a comment.