Jimmy-Pei Jing terus melangkah di Terbuka Jerman
Jimmy-Pei Jing terus melangkah di Terbuka Jerman

Kuala Lumpur: Beregu campuran profesional negara, Jimmy Wong-Lai Pei Jing bangkit daripada aksi kurang menjadi untuk menempah tiket ke pusingan kedua Terbuka Jerman, hari ini.
Gandingan ranking ke-24 dunia itu dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan pasangan Denmark, Kristoffer Kolding-Mette Werge, yang berada di tangga ke-50 dunia, 16-21, 21-17 dan 21-17.
Pada set pertama, Jimmy-Pei Jing bergelut menyesuaikan diri dengan corak permainan lawan dan tewas 16-21 dalam tempoh singkat.
Namun mereka kembali memperkemaskan permainan di set kedua walaupun terus diasak Kolding-Mette.
Ketika ketinggalan 11-15, Jimmy-Pei Jing tidak mengalah dan bangkit menyamakan kedudukan 16-16 sebelum menutup set kedua 21-17 untuk mengheret aksi ke set penentuan.
Set ketiga menyaksikan skrip hampir sama apabila mereka sekali lagi ketinggalan di awal permainan sebelum bangkit mengikat kedudukan 8-8 dan mengambil alih kawalan permainan.
Momentum itu digunakan sebaiknya untuk menang 21-17 sekali gus mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua.
Di pusingan berikutnya, Jimmy-Pei Jing dijadual berdepan pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Ornnicha Jongsathapornparn, yang menewaskan gandingan Perancis, Natan Begga-Elsa Jacob, 19-21, 21-19, 21-19.
Jimmy-Pei Jing terus melangkah di Terbuka Jerman
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perhimpunan Agung UMNO 2026 Akan Diadakan Pada 12 – 16 Ogos
- Ulang Tahun Ke-80: UMNO Bakal Anjur Kongres Pendidikan Bumiputera
- Ramadan Perkukuh Perpaduan, Kestabilan Ekonomi Asas Keharmonian Negara – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
You must be logged in to post a comment.