Isu ‘tonto’: ‘Kalau dapat kenal pasti, kita tak teragak-agak lapor SPRM’ – Zakaria

Isu ‘tonto’: ‘Kalau dapat kenal pasti, kita tak teragak-agak lapor SPRM’ – Zakaria

Isu 'tonto': 'Kalau dapat kenal pasti, kita tak teragak-agak lapor SPRM' - Zakaria
Zakaria (kiri) pada Program Semarak Ramadan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di ibu pejabat JIM hari ini. – BERNAMA

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota atau pegawainya yang dikesan terbabit dengan kegiatan ‘tonto’.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Shaaban, berkata pihaknya tidak teragak-agak melaporkan anggotanya kepada pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sekiranya mereka didapati terbabit kegiatan itu termasuk melindungi perbuatan berkenaan.

“Kalau kita dapat kenal pasti mereka, kita akan buat laporan terhadap angensi penguat kuasa berkaitan untuk diambil tindakan,” katanya ketika ditemui pada Program Semarak Ramadan Jabatan Imigresen, di sini, hari ini.

Semalam, BH melaporkan SPRM menemui senarai nama penguat kuasa yang disyaki menerima rasuah daripada sindiket orang tengah bergelar tonto yang tumpas dalam serbuan terbaharu, kelmarin.

Penemuan itu difahamkan hasil soal siasat ke atas beberapa suspek utama yang ditahan dalam Ops Middleman yang dijalankan di beberapa negeri sejak kelmarin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Sabah 35 Tahun, Yakub Khan Seru Terus Perkukuh Parti


BH difahamkan siasatan mendapati penguat kuasa terbabit menerima rasuah bulanan antara RM1,600 ke RM2,500 daripada orang tengah syarikat atau pemilik kenderaan perdagangan supaya tiada tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka.

Dalam pada itu, Zakaria mengakui ‘tonto’ bukan kegiatan baharu, sebaliknya sentiasa berlegar dalam semua agensi penguat kuasa di negara ini termasuk Jabatan Imigresen.

Bagaimanapun beliau berkata pengesanan kegiatan berkenaan termasuk dalam kalangan anggota di jabatannya bukan mudah berikutan mereka menggunakan pelbagai cara untuk mengaburi pihak atasan.

Zakaria turut menafikan kegiatan tonto satu-satunya punca masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) serta koloni warga asing di negara ini masih belum dapat ditangani kerana banyak faktor lain yang menyumbang kepada keadaan berkenaan.

“Benar sebahagian isu (tonto) mengekang usaha kita untuk menguatkuasakan undang-undang. Kadang-kadang mereka dapat mengetahui pergerakan kita lebih awal menyebabkan operasi kita gagal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

1091 Kes HIV Sejak 2020: KPT Perkukuh Usaha Pencegahan di IPT – Zambry


“Apabila kita sampai… mungkin mereka (PATI) sudah dapat menghidu pergerakan kita terlebih awal dan semuanya sudah menghilangkan diri,” katanya.

Bagi mengelak operasi dikesan tonto, Zakaria berkata pihaknya menyusun strategi agar pergerakan tidak dapat dikesan atau dibaca oleh sesiapa sahaja.

“Pegawai kita sendiri juga tidak tahu pergerakan dan strategi operasi kita,” katanya.

Isu ‘tonto’: ‘Kalau dapat kenal pasti, kita tak teragak-agak lapor SPRM’ – Zakaria

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz

 



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker