Chegu Bard kemalangan ketika elak binatang lintas jalan di Rembau
Chegu Bard kemalangan ketika elak binatang lintas jalan di Rembau

REMBAU: Ketua BERSATU Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard terbabit kemalangan dipercayai ketika mengelak binatang di Kilometer 7.3 Jalan Chengkau–Pilin–Lubuk Cina di sini tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika mangsa memandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dalam perjalanan dari arah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau menuju Kampung Lada Chengkau.
“Mangsa cuba mengelak seekor binatang tidak dikenal pasti yang tiba-tiba melintas dari arah sebelah kanan ke kiri, namun terbabas dan terlanggar tiang jambatan lebuh raya.
“Mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Sementara itu, Chegu Bard melalui perkongsian di media sosial meluahkan rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.
Chegu Bard kemalangan ketika elak binatang lintas jalan di Rembau
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perhimpunan Agung UMNO 2026 Akan Diadakan Pada 12 – 16 Ogos
- Ulang Tahun Ke-80: UMNO Bakal Anjur Kongres Pendidikan Bumiputera
- Ramadan Perkukuh Perpaduan, Kestabilan Ekonomi Asas Keharmonian Negara – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
You must be logged in to post a comment.