Bawa dadah, peralatan pecah rumah: Polis kejar, tahan 2 lelaki di Ampang

Bawa dadah, peralatan pecah rumah: Polis kejar, tahan 2 lelaki di Ampang

Bawa dadah, peralatan pecah rumah: Polis kejar, tahan 2 lelaki di Ampang

KUALA LUMPUR: Dua lelaki menaiki sebuah Volkswagen Passat yang melarikan diri daripada pemeriksaan Unit Kereta Peronda Polis (MPV), berjaya ditahan di Jalan Taman Bukit Indah, Ampang, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid, berkata insiden kira-kira jam 12.30 tengah malam itu berlaku apabila kereta suspek yang sedang bergerak menghala ke arah ibu negara, tidak berhenti untuk pemeriksaan selepas diminta berbuat demikian.

Beliau berkata, anggota menahan kedua-dua suspek terbabit selepas berjaya mengejar kenderaan dinaiki mereka.

“Hasil siasatan awal, polis mendapati suspek melarikan diri daripada pemeriksaan kerana membawa dadah disyaki heroin dan syabu serta peralatan untuk pecah rumah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga Ahad, selepas permohonan dibenarkan di Mahkamah Majistret Ampang Jaya pada pagi tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Sabah 35 Tahun, Yakub Khan Seru Terus Perkukuh Parti


Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 28(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi kira-kira 30 saat dalam media sosial memaparkan kereta suspek yang dipandu laju sedang dikejar MPV yang memasang bunyi siren.

Dua lelaki menaiki sebuah Volkswagen Passat yang melarikan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker