5 sekeluarga rentung: Jiran dakwa dengar jeritan 2 kali
5 sekeluarga rentung: Jiran dakwa dengar jeritan 2 kali

RAUB: Jiran kepada lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, di sini awal pagi tadi mendakwa ada terdengar jeritan dari kediaman itu ketika sedang bersiap untuk bersahur.
Ruslah Ismail, 64, yang tinggal berhampiran rumah mangsa berkata jeritan itu didengari kira-kira jam 3 pagi ketika dia mahu memasak nasi untuk sahur.
“Saya terdengar jeritan dua kali. Ketika tengok rumah sebelah api sudah marak.
“Saya segera mengejutkan anak dan ambil barangan penting kerana bimbang api merebak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Pemilik rumah, Nor Rizan Kamaluddin, 59, berkata rumah didiami keluarga itu dibina selepas kediaman asal bersebelahan lokasi kejadian terbakar pada 2014.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jalinan Mesra Ramadan UMNO Segambut Pererat Silaturrahim
- PhD Aeroangkasa Bukan Jaminan Jadi Pemimpin Hebat – Shaiful Hazizy
- Ramadan Penuh Keakraban, Johan Pererat Hubungan Bersama Akar Umbi
Dia mengakui kejadian itu turut memberi kesan kepadanya kerana sudah lama mengenali keluarga terbabit, malah mereka banyak membantu arwah ibunya yang tinggal bersebelahan.
“Lama mereka menyewa di rumah itu. Memang sangat terkejut dan sedih kerana anak mangsa membesar depan mata kami.
“Mereka memang baik dan banyak membantu malah ketika ibu masih ada, mangsa yang akan menghubungi keluarga kami jika arwah ibu memerlukan apa-apa,” katanya.
Pesara itu berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jiran dan api masih marak semasa dia tiba di lokasi yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya pada 3.45 pagi.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim, berkata bomba tiba di lokasi kejadian pada 4.15 pagi dan berjaya mengawal api pada 4.48 pagi.
Beliau berkata kebakaran memusnahkan 100 peratus struktur rumah, selain turut melibatkan masing-masing tiga kereta dan motosikal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Komited Perkasa Agenda Bumiputera Secara Berfokus – Mohamad Alamin
- Imarah Ramadan Penuh Makna, Jalaluddin Santuni Rakyat Dan Pelajar Tahfiz
- UMNO Sabah Genap 35 Tahun: Setia Dalam Badai, Teguh Dalam Perubahan – Jaffry
1091 Kes HIV Sejak 2020: KPT Perkukuh Usaha Pencegahan di IPT – Zambry

Ruslah yang juga peniaga kedai runcit mengaku terkejut dan panik kerana api begitu marak sebelum ketibaan bomba pada jam 4.15 pagi.
“Pasangan suami isteri itu berniaga makanan dan menetap di rumah terbabit hampir 10 tahun. Mereka memang baik dengan kami,” katanya yang mengakui kejadian menimpa keluarga itu mengejutkan penduduk setempat.
5 sekeluarga rentung: Jiran dakwa dengar jeritan 2 kali
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perhimpunan Agung UMNO 2026 Akan Diadakan Pada 12 – 16 Ogos
- Ulang Tahun Ke-80: UMNO Bakal Anjur Kongres Pendidikan Bumiputera
- Ramadan Perkukuh Perpaduan, Kestabilan Ekonomi Asas Keharmonian Negara – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
You must be logged in to post a comment.