20 terbunuh serangan militan semasa Ramadan
20 terbunuh serangan militan semasa Ramadan

ISLAMABAD – Hampir 20 anggota polis dan orang awam terbunuh dalam gelombang serangan militan sepanjang dua hari lalu, kata seorang pegawai polis hari ini, dalam lonjakan keganasan terbaru yang menggegarkan wilayah sempadan di barat laut Pakistan.
Serangan berlaku beberapa hari selepas tentera Afghanistan dan Pakistan berbalas tembakan di sepanjang sempadan kedua-dua negara.
“Sepanjang tempoh 48 jam lalu, 15 anggota polis dan empat orang awam maut dalam serangan pengganas di berbilang kawasan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa,” kata seorang pegawai kanan polis kepada AFP.
Menurutnya, dua pegawai polis turut diculik dan ‘masih hilang’.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jalinan Mesra Ramadan UMNO Segambut Pererat Silaturrahim
- PhD Aeroangkasa Bukan Jaminan Jadi Pemimpin Hebat – Shaiful Hazizy
- Ramadan Penuh Keakraban, Johan Pererat Hubungan Bersama Akar Umbi
Kumpulan Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) mengaku bertanggungjawab melancarkan kebanyakan serangan itu. TTP meningkatkan serangan di Pakistan sejak Taliban Afghanistan kembali berkuasa di Kabul pada 2021.
Seramai 26 militan pula terbunuh dalam empat operasi berasingan tentera di Khyber Pakhtunkhwa.
Islamabad menuduh Kabul gagal mengawal kumpulan-kumpulan militan yang didakwa menggunakan tanah Afghanistan untuk merancang dan melancarkan serangan di Pakistan, tuduhan yang dinafikan oleh Kabul.
Keganasan melonjak di Khyber Pakhtunkhwa dan jirannya, wilayah Balochistan sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dengan pasukan keselamatan sering menjadi sasaran letupan bom tepi jalan dan serangan hendap. – AFP
20 terbunuh serangan militan semasa Ramadan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perhimpunan Agung UMNO 2026 Akan Diadakan Pada 12 – 16 Ogos
- Ulang Tahun Ke-80: UMNO Bakal Anjur Kongres Pendidikan Bumiputera
- Ramadan Perkukuh Perpaduan, Kestabilan Ekonomi Asas Keharmonian Negara – Ahmad Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Majlis Iftar UMNO Eratkan Ukhuwah, Santuni Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz
You must be logged in to post a comment.