Ramadan Penuh Keakraban, Johan Pererat Hubungan Bersama Akar Umbi

Ramadan Penuh Keakraban, Johan Pererat Hubungan Bersama Akar Umbi

Ramadan Penuh Keakraban, Johan Pererat Hubungan Bersama Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd Aziz memanfaatkan Ramadan dengan menyantuni kepimpinan akar umbi menerusi majlis moreh bersama Ketua-Ketua Cawangan UMNO di kawasannya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata pertemuan santai tersebut berlangsung dalam suasana penuh ukhwah selepas solat Tarawih di Warung D’Manggis.

“Alhamdulillah, dapat bersantai moreh bersama sahabat Ketua-Ketua Cawangan UMNO DUN Dusun Tua selepas solat Tarawih. Suasana penuh ukhwah dengan hidangan sederhana di Warung D’Manggis, Batu 14, Hulu Langat.

“Terima kasih kepada semua yang berkesempatan hadir. Semoga Ramadan ini terus membawa rahmat dan keberkatan dalam hidup kita,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sementara itu menerusi hantaran sebelumnya beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua turut berkongsi sesi perjumpaan bersama Ahli Jawatankuasa Surau At-Talbiah, Kampung Dusun Nanding bagi membincangkan secara terperinci berkenaan pembangunan semula surau tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Infrastruktur Lebih Baik, Keselesaan Rakyat Diutamakan – Mohd Shahar


Ramadan Penuh Keakraban, Johan Pererat Hubungan Bersama Akar Umbi

Menurut beliau, perbincangan menumpukan kepada pelaksanaan projek serta langkah-langkah persediaan sebelum pembinaan bermula.

“Perbincangan ini memberi tumpuan kepada aspek pelaksanaan projek termasuk perancangan struktur bangunan, keperluan fasiliti, penyelarasan teknikal serta langkah-langkah seterusnya sebelum kerja pembinaan dimulakan.

“Semoga pembinaan Surau At-Talbiah akan berjalan lancar dan dapat didirikan semula untuk menjadi pusat penyatuan dan pengimarahan komuniti setempat,” ujar beliau. – UMNO Online

Ramadan Penuh Keakraban, Johan Pererat Hubungan Bersama Akar Umbi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

1091 Kes HIV Sejak 2020: KPT Perkukuh Usaha Pencegahan di IPT – Zambry

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker