PhD Aeroangkasa Bukan Jaminan Jadi Pemimpin Hebat – Shaiful Hazizy
PhD Aeroangkasa Bukan Jaminan Jadi Pemimpin Hebat – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berpandangan bahawa ijazah kedoktoran (PhD) yang dimiliki tidak akan menjadikan seseorang itu sebagai pemimpin yang hebat.
Ujarnya, meletakkan Dr Ahmad Samsuri sebagai ‘poster boy’ Perikatan Nasional (PN) hanya disebabkan beliau mempunyai PhD dalam bidang Aeroangkasa dilihat agak kurang matang.
“Kalau nak ambik faktor bahawa Dr Ahmad Samsuri ni adalah pemegang PhD dalam bidang ‘aviation’, dia layak jadi ‘poster boy’ Perdana Menteri, itu agak kurang matang.
“Hebat daripada segi ilmu dan kemahiran dalam bidang tertentu belum melayakkan beliau untuk dijadikan sebagai pemimpin nombor satu negara. Kenapa? Mudah sahaja. Kita buat penilaian daripada segi reputasi sedia ada, apa pencapaian Dr Ahmad Samsuri sebagai Menteri Besar Negeri Terengganu?
“Apa perkara ‘wow’ yang telah dicapai? Ekonomi Negeri Terengganu dah capai billion-billion macam Kedah? Apa sumber baharu yang telah dicipta? Takkan kejayaan menganjurkan perhimpunan ‘RX-Z’ dah boleh dijadikan kayu ukur melayakkan beliau jadi poster boy negara?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hafiz Santuni Mangsa Banjir Kilat, Penduduk Kampung Muhibbah Di Awal Ramadan
- Program Ihya’ Ramadan Eratkan Silaturahim Masyarakat – ADUN Larkin
- Program Kebajikan Ramadan Perkukuh Ukhuwah – Rozi
Infrastruktur Lebih Baik, Keselesaan Rakyat Diutamakan – Mohd Shahar
“Ataupun jeritan demi jeritan mengenai isu royalti lapuk terus menjadi bahan ‘marketing’ murahan untuk jual Dr Ahmad Samsuri sebagai calon Perdana Menteri Malaysia nanti?” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.
Tegasnya, pemimpin yang mempunyai ilmu, nilai empati yang tinggi diperlukan untuk merasai denyut nadi rakyat.

“Nak jadi pemimpin hebat tak perlu ada PhD bidang Aeroangkasa. Apa yang diperlukan adalah sedikit ilmu dan nilai empati dalam merasai denyut nadi rakyat. Cikgu Saarani tidak ada PhD, namun beliau mampu membangunkan Negeri Perak jadi sebuah negeri contoh … cipta sumber ekonomi baharu, struktur kewangan semakin kukuh sehingga mampu ‘memberi’ balik kepada rakyat.
“Oleh yang demikian, usah terlalu awal ‘jual’ pemimpin bertaraf PhD ini sebagai calon Perdana Menteri Malaysia. Takut jadi ‘indah khabar dari rupa’. Bagi saya, Pas jangan ‘over-confident’ menganggap pelantikan Ahmad Samsuri ini mampu membawa parti mereka lebih ‘moderate’ dan dosa-dosa tunggangan lampu dicuci bersih. Hakikatnya, ‘bangkai gajah walaupun ditutup rapi, bau busuknya akan senantiasa dapat dihidu walaupun dari jauh’, katanya lagi.
Pada Selasa, media melaporkan Pemuda Pas mencadangkan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.
Dalam satu hantaran di Facebook, sayap parti itu menggambarkan Menteri Besar Terengganu berkenaan sebagai seorang teknokrat dan pemimpin yang tenang serta berfokus kepada hasil.
Pemuda Pas berkata, Ahmad Samsuri, yang lebih dikenali sebagai Dr Sam bukan seorang ahli politik yang gemar berdrama, sebaliknya lebih dikenali sebagai pemimpin yang bekerja dalam diam tetapi membuahkan keputusan nyata. – UMNO Online
PhD Aeroangkasa Bukan Jaminan Jadi Pemimpin Hebat – Shaiful Hazizy
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Komited Perkasa Agenda Bumiputera Secara Berfokus – Mohamad Alamin
- Imarah Ramadan Penuh Makna, Jalaluddin Santuni Rakyat Dan Pelajar Tahfiz
- UMNO Sabah Genap 35 Tahun: Setia Dalam Badai, Teguh Dalam Perubahan – Jaffry
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
1091 Kes HIV Sejak 2020: KPT Perkukuh Usaha Pencegahan di IPT – Zambry
You must be logged in to post a comment.