Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan [VIDEO]
Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan [VIDEO]
![Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-9-750x465-1.webp)
Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah dan membaca doa makan seperti pempengaruh Cina yang lain di bulan Ramadan.
“Mekyunn, Mok Pok kenapa tak baca Bismillah, Alhamdulillah dan doa makan macam influencer Cina lain?.”-komen seorang netizen di media sosial
Mek Yunn atau nama sebenarnya Wee Yun Nee menerusi hantaran di Instagram, menjelaskan bahawa mereka sekeluarga memilih untuk tidak melafazkan kesemua doa itu kerana ia berkaitan dengan sebahagian akidah umat Islam.
“Ini adalah pendapat dan pegangan peribadi Mekyun dan keluarga. Korang tahu tak sebenarnya Mekyun sekeluarga boleh baca doa makan dan doa-doa Islam yang lain?. Sebab kami semua dulu sekolah asrama.
Tetapi kenapa kami memilih untuk tidak melafazkan semua doa itu pada bulan Ramadan? Sebab lafaz seperti Bismillah, Alhamdulillah dan doa makan adalah doa dan sebahagian daripada akidah orang Islam.
Ini berkaitan dengan hubungan Islam dengan Tuhan mereka. Jadi sebagai seorang yang bukan beragama Islam. Mekyun rasa tidak perlu untuk Mekyun melafazkan doa-doa orang Islam hanya kerana sekarang ni bulan Ramadan.”-jelas Mekyun di Instagram
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hafiz Santuni Mangsa Banjir Kilat, Penduduk Kampung Muhibbah Di Awal Ramadan
- Program Ihya’ Ramadan Eratkan Silaturahim Masyarakat – ADUN Larkin
- Program Kebajikan Ramadan Perkukuh Ukhuwah – Rozi
Infrastruktur Lebih Baik, Keselesaan Rakyat Diutamakan – Mohd Shahar
Tambah Mekyun, dia sekeluarga mahu menjaga adab dan sensitiviti agama Islam, agamanya serta agama-agama yang lain. Bagi mereka, cukuplah mereka sekeluarga mengambil pengalaman untuk berpuasa di bulan Ramadan.
“Mekyun dan keluarga sangat menghormati agama Islam dan sebab itulah kami memilih untuk tidak melafazkan doa-doa agama Islam.
Inilah cara Mekyun dan keluarga menjaga adab dan sensitiviti terhadap agama Islam, agama Mekyun sendiri dan terhadap semua agama lain ❤️.
Bagi Mekyun sekeluarga, cukuplah kami ambil pengalaman berpuasa, untuk memperbaiki diri, belajar berdisiplin dan bersabar. Sebab bagi kami, tak salah untuk kita belajar tentang agama lain, selagi kita menjaga batas akidah agama tersebut dan agama kita sendiri. “-tambah Mekyun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jalinan Mesra Ramadan UMNO Segambut Pererat Silaturrahim
- PhD Aeroangkasa Bukan Jaminan Jadi Pemimpin Hebat – Shaiful Hazizy
- Ramadan Penuh Keakraban, Johan Pererat Hubungan Bersama Akar Umbi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Sabah 35 Tahun, Yakub Khan Seru Terus Perkukuh Parti
Netizen Setuju!
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan penjelasan Mekyun, malah ada yang turut meluahkan rasa bangga dengan pempengaruh media sosial ini yang memilih untuk mendidik segelintir masyarakat mengenai amalan berpuasa.
“Over la soalan tu pun. mekyun dengan family dia bukan orang Islam tak perlu la beria nak melebih-lebih. Mekyun dah hormati pun dah cukup dah.”
“Bangga dengan anda yang pilih untuk educate segelintir masyarakat Malaysia kita nie. Tak salah we practice their good practices like puasa and at the same time not to forget our religion and practices too!! Cantekkkk punya answer 🙌🔥.”
“Maaf Mekyun kena soalan macam gini. Mekyun cool dan chill je explain. Terbaik.”
Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Komited Perkasa Agenda Bumiputera Secara Berfokus – Mohamad Alamin
- Imarah Ramadan Penuh Makna, Jalaluddin Santuni Rakyat Dan Pelajar Tahfiz
- UMNO Sabah Genap 35 Tahun: Setia Dalam Badai, Teguh Dalam Perubahan – Jaffry
1091 Kes HIV Sejak 2020: KPT Perkukuh Usaha Pencegahan di IPT – Zambry
You must be logged in to post a comment.