Jalinan Mesra Ramadan UMNO Segambut Pererat Silaturrahim

Jalinan Mesra Ramadan UMNO Segambut Pererat Silaturrahim

Jalinan Mesra Ramadan UMNO Segambut Pererat Silaturrahim

SEGAMBUT, 25 Feb – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Mahadhir Sulaiman, telah meneruskan program ziarah untuk mengunjungi warga yang kurang bernasib baik serta mereka yang uzur dan menghadapi masalah kesihatan di sekitar kawasan setempat.

Ujarnya, program ini bertujuan mempererat silaturrahim dan menyemai nilai kepedulian terhadap golongan yang memerlukan, khususnya pada bulan mulia ini.

“Bulan Ramadan adalah waktu yang sangat sesuai untuk kita memperkukuh ikatan sesama masyarakat. Ziarah ini bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi juga menunjukkan bahawa mereka tidak keseorangan dalam menghadapi ujian,” katanya.

Antara yang dikunjungi semalam ialah ibu kepada Syaiful Usman iaitu Ketua Pemuda Cawangan Kampung Palimbayan, Sungai Penchala, yang sedang menjalani pemulihan selepas mengalami strok.

Ujar Mahadhir, kehadiran UMNO Segambut ini bukan sahaja membawa sumbangan, malah memberi semangat moral kepada keluarga dan individu yang diziarahi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Infrastruktur Lebih Baik, Keselesaan Rakyat Diutamakan – Mohd Shahar


“Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami. Semoga usaha kecil ini mampu menceriakan hati mereka yang kurang bernasib baik, dan mengingatkan kita semua tentang pentingnya rasa empati serta kasih sayang sesama insan,” ujarnya.

Jelas Mahadhir, aktiviti seperti ini akan diteruskan sepanjang Ramadan bagi memastikan tiada warga yang terabai serta memperkukuh hubungan antara parti dan masyarakat setempat.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua yang turun padang bersama-sama menjayakan gerak kerja sedemikian.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat, daripada ahli jawatankuasa hingga sukarelawan, kerana bersama-sama turun padang. Tanpa usaha dan dedikasi mereka, usaha ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan begitu lancar dan berkesan,” tambah beliau lagi. – UMNO Online

Jalinan Mesra Ramadan UMNO Segambut Pererat Silaturrahim

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

1091 Kes HIV Sejak 2020: KPT Perkukuh Usaha Pencegahan di IPT – Zambry

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker