Kesilapan kedai kopi jadikan wanita UK ‘terkaya’ dunia
Kesilapan kedai kopi jadikan wanita UK ‘terkaya’ dunia

LONDON – Seorang pemilik perniagaan di Nottingham, United Kingdom, Sophie Downing menjadi ‘wanita terkaya’ di dunia dengan kekayaan sebanyak £63 kuadrilon bersamaan 63,000,000,000,000,000 tetapi secara bersyarat.
Sophie hanya boleh membelanjakan jumlah yang besar itu untuk membeli kopi di kedai kopi tertentu sahaja.
Menurut laporan Perbadanan Penyiaran British(BBC), wanita berusia 29 tahun itu menerima kad hadiah £10 (RM52) untuk sebuah kedai kopi bernama 200 Degrees Coffee, sebagai hadiah Krismas.
Apabila dia menggunakan kad hadiah itu untuk membeli matcha latte, baki yang tinggal ialah £63 kuadrilion, atau 100,000 kali ganda lebih banyak daripada kekayaan Elon Musk dan 670 kali ganda ekonomi global.
“Saya rasa ia sangat kelakar. Saya tidak pernah melihat perkara seperti itu sebelum ini,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hafiz Santuni Mangsa Banjir Kilat, Penduduk Kampung Muhibbah Di Awal Ramadan
- Program Ihya’ Ramadan Eratkan Silaturahim Masyarakat – ADUN Larkin
- Program Kebajikan Ramadan Perkukuh Ukhuwah – Rozi
Infrastruktur Lebih Baik, Keselesaan Rakyat Diutamakan – Mohd Shahar
Sophie menggunakan kad hadiah itu di kedai kopi di Flying Horse Walk pada 12 Februari lalu. Pekerja di kaunter kelihatan sangat keliru. Ekspresi mukanya seperti ‘Apa’?
Kedai kopi itu kemudian mendedahkan bahawa kesilapan pentadbiran menyebabkan nombor kad hadiah dimasukkan dan bukan nilainya, menyebabkan baki yang salah.
“Saya hanya menikmati menjadi wanita terkaya di dunia di atas kertas selagi ia kekal,” kata Sophie kepada BBC.
“Anda tidak pernah melihat perkara seperti itu berlaku, jadi saya menghantarnya kepada pasangan saya, dan dia juga menganggapnya sangat lucu,” tambah wanita itu.
Bagaimanapun, Sophie memberi jaminan menggunakan kad hadiah itu secara bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan daripada situasi tersebut.
“Disebabkan kesilapan pentadbiran teknikal, nombor kad hadiah, dan bukannya nilai kad hadiah, telah dimasukkan ke bahagian daftar tunai,” kata seorang jurucakap 200 Degrees. – AGENSI
Kesilapan kedai kopi jadikan wanita UK ‘terkaya’ dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KUSKOP Komited Perkasa Agenda Bumiputera Secara Berfokus – Mohamad Alamin
- Imarah Ramadan Penuh Makna, Jalaluddin Santuni Rakyat Dan Pelajar Tahfiz
- UMNO Sabah Genap 35 Tahun: Setia Dalam Badai, Teguh Dalam Perubahan – Jaffry
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
1091 Kes HIV Sejak 2020: KPT Perkukuh Usaha Pencegahan di IPT – Zambry
You must be logged in to post a comment.