UMNO Sabah Genap 35 Tahun: Setia Dalam Badai, Teguh Dalam Perubahan – Jaffry
UMNO Sabah Genap 35 Tahun: Setia Dalam Badai, Teguh Dalam Perubahan – Jaffry

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Ketua UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin menzahirkan penghargaan dan semangat juang bersempena sambutan ulang tahun ke-35 UMNO Sabah, dengan menegaskan bahawa kekuatan sebenar parti bukan terletak pada kuasa, tetapi pada kesetiaan dan semangat berkhidmat kepada rakyat.
Beliau berkata, sepanjang lebih tiga dekad penubuhannya, UMNO Sabah telah melalui pelbagai fasa cabaran dan perubahan, namun tetap teguh berpegang pada prinsip perjuangan asal parti iaitu membela rakyat dan memperkukuh perpaduan.
“Setia dalam badai, teguh dalam perubahan. Kepimpinan bukan tentang berada di hadapan untuk dipuji tetapi tentang berjalan bersama rakyat ketika laluan terasa berat,” katanya dalam satu kenyataan bersempena ulang tahun ke-35 UMNO Sabah.
Tambahnya lagi, setiap perjalanan dan ujian yang dilalui menjadi pengajaran berharga untuk terus memperbaiki diri serta memperkukuh barisan kepimpinan parti di semua peringkat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tok Ajak Terus Dekati Rakyat, Raikan Ramadan Bersama Pesara Tentera dan Polis
- Khairi Turun Padang, Tinjau Bazar Ramadan Platform Peniaga Serta Masyarakat Setempat
- Tadarus & Khatam Al-Quran PERWEP Putrajaya: Tengku Adnan Harap Program Keagamaan Terus Dilaksana
“Kuasa hanyalah amanah dan perlu dipikul dengan rendah hati. Perjuangan ini bukan untuk nama, bukan juga untuk dikenang hari ini tetapi untuk memastikan Sabah dan parti kita cintai terus berdiri kukuh untuk generasi akan datang,” jelas beliau.
Datuk Jafry turut mengakui bahawa dalam perjuangan panjang ini, pasti ada keputusan sukar yang perlu diambil dan kelemahan yang harus diperbaiki, namun itulah tanda keberanian kepimpinan sejati berani mengaku kekurangan dan terus belajar.
Beliau turut menyeru seluruh ahli UMNO Sabah agar terus memperkukuh perpaduan dan kesetiaan demi kelangsungan perjuangan parti.
“Selamat ulang tahun ke-35 kepada semua pejuang-pejuang UMNO Sabah. Kita terus Bersatu. Bersetia. Berkhidmat.” ujarnya.- UMNO Online
UMNO Sabah Genap 35 Tahun: Setia Dalam Badai, Teguh Dalam Perubahan – Jaffry
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hafiz Santuni Mangsa Banjir Kilat, Penduduk Kampung Muhibbah Di Awal Ramadan
- Program Ihya’ Ramadan Eratkan Silaturahim Masyarakat – ADUN Larkin
- Program Kebajikan Ramadan Perkukuh Ukhuwah – Rozi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Infrastruktur Lebih Baik, Keselesaan Rakyat Diutamakan – Mohd Shahar
You must be logged in to post a comment.