KUSKOP Komited Perkasa Agenda Bumiputera Secara Berfokus – Mohamad Alamin
KUSKOP Komited Perkasa Agenda Bumiputera Secara Berfokus – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus komited memperkasa agenda pemerkasaan Bumiputera menerusi pelbagai inisiatif strategik yang dirangka secara menyeluruh dan berfokus.
Timbalan Menterinya, Datuk Mohamad Alamin berkata, segala usaha yang dilaksanakan adalah selaras dengan hala tuju di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) serta Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), yang menjadi kerangka jangka panjang yang strategik bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera.
“Peruntukan sebanyak RM1.015 bilion kepada KUSKOP dalam Belanjawan 2026 merupakan jumlah tertinggi yang pernah diterima oleh kementerian ini. Ini adalah komitmen jelas Kerajaan Madani terhadap agenda pembangunan usahawan dan koperasi, khususnya usahawan Bumiputera sebagai pemacu ekonomi rakyat.
“Peruntukan di bawah TEKUN Nasional khusus kepada usahawan Bumiputera juga telah ditingkatkan daripada RM300 juta kepada RM500 juta pada tahun 2026. Pelaksanaan program khusus kepada usahawan Bumiputera juga diteruskan pada tahun 2026,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tok Ajak Terus Dekati Rakyat, Raikan Ramadan Bersama Pesara Tentera dan Polis
- Khairi Turun Padang, Tinjau Bazar Ramadan Platform Peniaga Serta Masyarakat Setempat
- Tadarus & Khatam Al-Quran PERWEP Putrajaya: Tengku Adnan Harap Program Keagamaan Terus Dilaksana
Beliau menjawab persoalan dari Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Muslimin Yahaya meminta Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi menyatakan hala tuju pemerkasaan Usahawan Bumiputera dan PKS keseluruhannya terutamanya dalam membawa usahawan Bumiputera berinovasi melalui digitalisasi.
Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata dalam konteks pelaksanaan inisiatif berteraskan digitalisasi kepada usahawan PMKS termasuk usahawan Bumiputera, KUSKOP turut melaksanakan pelbagai program digitalisasi keusahawanan.
“Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP) oleh SME Corp pada tahun 2021 hingga 2025 bagi tujuan peningkatan produktiviti antaranya melibatkan aplikasi ICT. Program Jajahan Rakyat oleh Bank Rakyat yang merupakan insiatif pendigitalan pasar tanpa tunai, khususnya melibatkan penjaja dan peniaga kecil.
“Program latihan dan bimbingan e-Invois oleh SME Bank, TEKUN Nasional dan INSKEN dan Platform MyMall di bawah Pernas yang menyediakan akses pemasaran digital melalui platform e-dagang dan boleh digunakan secara percuma oleh para usahawan,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Komited Perkukuh Tadbir Urus, Sistem Keselamatan Selaras Aspirasi Malaysia Madani
- RUU Pengasingan Peranan AG – Pendakwa Raya, Had Tempoh PM Dibentang Kali Pertama Isnin Ini
- Perkukuh Agenda Perumahan Rakyat Demi Kesejahteraan Bangsa Johor – Onn Hafiz
Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan
Kata beliau lagi, agenda Bumiputera kekal sebagai nadi dan teras KUSKOP, dan diperkukuh melalui PuTERA35 dan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030).
“Menerusi pelaksanaan dasar dan program yang lebih bersasar, bersepadu, serta dipacu oleh inovasi dan digitalisasi, KUSKOP yakin usaha pemerkasaan ekonomi Bumiputera akan terus diperkukuh selaras dengan misi Perhebatkan Perniagaan Malaysia,” ujarnya. – UMNO Online
KUSKOP Komited Perkasa Agenda Bumiputera Secara Berfokus – Mohamad Alamin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hafiz Santuni Mangsa Banjir Kilat, Penduduk Kampung Muhibbah Di Awal Ramadan
- Program Ihya’ Ramadan Eratkan Silaturahim Masyarakat – ADUN Larkin
- Program Kebajikan Ramadan Perkukuh Ukhuwah – Rozi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Infrastruktur Lebih Baik, Keselesaan Rakyat Diutamakan – Mohd Shahar
You must be logged in to post a comment.