1091 Kes HIV Sejak 2020: KPT Perkukuh Usaha Pencegahan di IPT – Zambry

1091 Kes HIV Sejak 2020: KPT Perkukuh Usaha Pencegahan di IPT – Zambry

1091 Kes HIV Sejak 2020: KPT Perkukuh Usaha Pencegahan di IPT – Zambry

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah dan sedang melaksanakan pelbagai pendekatan komprehensif bagi mengawal serta mencegah peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan di Dewan Negara pagi tadi berhubung langkah kementerian menangani isu tersebut susulan 1,091 kes HIV direkodkan dalam kalangan pelajar IPT bagi tempoh 2020 hingga 2024, yang menunjukkan trend membimbangkan.

Menurut beliau, antara usaha utama yang dilaksanakan KPT ialah memperkukuh pendidikan, advokasi dan kesedaran berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif di kampus.

“Sebanyak 123 program advokasi, kesedaran, intervensi dan pencegahan telah dilaksanakan di Universiti Awam (UA), melibatkan lebih 30,000 mahasiswa dengan kerjasama 60 agensi termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Selain itu, KPT turut memperluas akses kepada saringan dan rawatan penyakit kelamin dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia, khususnya bagi pelajar yang dikenal pasti berisiko.

Dalam aspek pembangunan kapasiti, kementerian menjalinkan kerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melalui pelaksanaan bengkel Training of Trainers (ToT) serta latihan yang melibatkan pegawai kesihatan, pengamal perubatan dan kaunselor di UA.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Noktahkan Budaya Fitnah Dan Politik Toksik – Dr Aswad


KPT juga memperkenalkan Modul Program Kesihatan Anak Muda IPT (KAMI) bersama Majlis Kesihatan Universiti Awam Malaysia (MAKESUM) pada 25 Jun 2025 yang bertujuan memastikan semua UA melaksanakan program kesedaran kesihatan secara lebih tersusun, menyeluruh dan berimpak tinggi.

Di samping itu, kolaborasi bersepadu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kementerian berkaitan terus diperkukuh bagi meningkatkan keberkesanan usaha pencegahan serta intervensi di peringkat IPT.

Tegas beliau, kesihatan mahasiswa merupakan tanggungjawab bersama semua pihak. Justeru, usaha berterusan perlu digembleng bagi memastikan kampus kekal selamat, bebas daripada gejala tidak sihat serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dari segi akademik, sahsiah dan kesejahteraan diri. – UMNO Online

1091 Kes HIV Sejak 2020: KPT Perkukuh Usaha Pencegahan di IPT – Zambry

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Infrastruktur Lebih Baik, Keselesaan Rakyat Diutamakan – Mohd Shahar

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker