Wanita ditemukan mati dalam kereta penuh barangan
Wanita ditemukan mati dalam kereta penuh barangan

GEORGETOWN: Wanita ditemukan maut dalam kereta miliknya yang diparkir di sebuah stesen minyak di Jalan Paya Terubong di sini, malam tadi.
Turut ditemukan dalam kenderaan milik mangsa ialah pelbagai barangan sehingga menutupi ruang dalam keretanya.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong Khairul Annuar Mohd Rahim berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 7.48 malam berhubung kejadian.
Maklumat awal yang diterima bagi membuka pintu kereta Perodua Myvi yang berkunci daripada dalam.
“Pasukan penyelamat berdepan kesukaran bagi membuka pintu kereta itu berikutan keadaan bahagian dalam kenderaan dipenuhi barangan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tok Ajak Terus Dekati Rakyat, Raikan Ramadan Bersama Pesara Tentera dan Polis
- Khairi Turun Padang, Tinjau Bazar Ramadan Platform Peniaga Serta Masyarakat Setempat
- Tadarus & Khatam Al-Quran PERWEP Putrajaya: Tengku Adnan Harap Program Keagamaan Terus Dilaksana
“Wanita berkenaan ditemukan selepas cermin tingkap bahagian penumpang belakang dipecahkan.
“Mangsa berada di tempat duduk pemandu sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini.
Difahamkan, pelbagai barangan di dalam kenderaan berkenaan ketika pemeriksaan polis termasuk pakaian, bantal, kotak, beg, makanan serta sejumlah dadah.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut pasukan forensik di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah dikesan.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tujuan lanjut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Komited Perkukuh Tadbir Urus, Sistem Keselamatan Selaras Aspirasi Malaysia Madani
- RUU Pengasingan Peranan AG – Pendakwa Raya, Had Tempoh PM Dibentang Kali Pertama Isnin Ini
- Perkukuh Agenda Perumahan Rakyat Demi Kesejahteraan Bangsa Johor – Onn Hafiz
Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan
Sementara itu, ibu mangsa berkata, dia menerima panggilan daripada polis memaklumkan anaknya ditemukan meninggal dunia dalam kereta pada jam 8.30 malam.
Anaknya yang berusia 38 tahun itu didakwa mempunyai masalah kesihatan mental dan mendapat rawatan di klinik hampir 10 tahun.
“Keadaannya yang kurang sihat menyebabkan dia gemar menyimpan pelbagai barangan di dalam kereta seolah-olah tinggal di dalam kenderaan itu, namun sebenarnya dia tetap pulang ke rumah setiap hari.
“Setiap hari dia pulang ke rumah seperti biasa, tiba-tiba saya dikejutkan dengan kejadian sebegini,” katanya.
Wanita ditemukan mati dalam kereta penuh barangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hafiz Santuni Mangsa Banjir Kilat, Penduduk Kampung Muhibbah Di Awal Ramadan
- Program Ihya’ Ramadan Eratkan Silaturahim Masyarakat – ADUN Larkin
- Program Kebajikan Ramadan Perkukuh Ukhuwah – Rozi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Infrastruktur Lebih Baik, Keselesaan Rakyat Diutamakan – Mohd Shahar
You must be logged in to post a comment.