Program Kebajikan Ramadan Perkukuh Ukhuwah – Rozi

Program Kebajikan Ramadan Perkukuh Ukhuwah – Rozi

Program Kebajikan Ramadan Perkukuh Ukhuwah – Rozi

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Ketua UMNO Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat melihat program kebajikan bersama masyarakat yang digerakkan oleh Wanita UMNO bahagian, khususnya sempena bulan Ramadan, sebagai satu pendekatan terbaik dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim dan semangat kekeluargaan antara ahli-ahli parti serta masyarakat setempat.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu berkata, usaha berterusan Wanita UMNO turun padang melaksanakan pelbagai aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan membuktikan komitmen jitu sayap tersebut dalam memastikan parti terus dekat di hati rakyat.

“Alhamdulillah, dapat bersama Wanita UMNO Hulu Terengganu pagi ini dalam Majlis Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadan. Saya ucapkan terima kasih kepada Hajah Zurina Abd Rahman dan seluruh Jawatankuasa Wanita Bahagian atas keprihatinan serta kesungguhan mereka dalam menganjurkan program seperti ini,” katanya.

Datuk Rozi turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh tenaga Wanita UMNO di peringkat akar umbi yang tidak pernah jemu berkhidmat kepada masyarakat, bukan sahaja ketika musim pilihan raya, tetapi sepanjang tahun dalam pelbagai bentuk sumbangan dan khidmat bakti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan


“Wanita UMNO sentiasa menjadi tulang belakang utama kepada gerak kerja parti dan komuniti. Mereka hadir bukan sekadar untuk menyampaikan bantuan, tetapi juga membawa semangat kasih sayang dan kebersamaan yang menjadi teras perjuangan UMNO sejak dahulu,” ujarnya.

Beliau turut berharap agar keberkatan Ramadan kali ini menjadi pemangkin kepada peningkatan amal kebajikan, perpaduan sesama ahli serta memperkukuh semangat perjuangan parti di semua peringkat.

“Moga Ramadan ini menguatkan ukhuwah kita dan menjadikan setiap usaha sebagai amal jariah di sisi Allah SWT,” tambahnya.- UMNO Online

Program Kebajikan Ramadan Perkukuh Ukhuwah – Rozi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noktahkan Budaya Fitnah Dan Politik Toksik – Dr Aswad

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker