Program Ihya’ Ramadan Eratkan Silaturahim Masyarakat – ADUN Larkin

Program Ihya’ Ramadan Eratkan Silaturahim Masyarakat – ADUN Larkin

Program Ihya’ Ramadan Eratkan Silaturahim Masyarakat – ADUN Larkin

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd Hairi Mad Shah berharap agar kedatangan bulan Ramadan tahun ini menjadi medan penyatuan ummah serta memperkukuh silaturahim dalam kalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Beliau yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkata, pengimarahan bulan Ramadan menerusi pelbagai program berbentuk keagamaan, kebajikan dan kemasyarakatan merupakan antara inisiatif penting bagi memperkukuhkan hubungan dengan masyarakat setempat, di samping memupuk semangat keprihatinan dan kebersamaan.

“Alhamdulillah, malam keempat Ramadan saya berkesempatan menunaikan Solat Isyak berjemaah dan Solat Sunat Tarawih bersama para jemaah di Surau Taman Perbadanan Islam (TPI), Stulang Baru. Seusai solat, saya turut berpeluang menyampaikan sumbangan Bakul Makanan kepada jemaah yang hadir sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan,” katanya.

Menurut beliau, usaha seperti ini bukan sahaja membantu meringankan beban mereka yang memerlukan, malah turut membawa sinar kegembiraan kepada masyarakat dalam menjalani ibadah puasa yang penuh keberkatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan


“Program sebegini menjadi platform untuk kita mendekati masyarakat, memahami keperluan mereka serta mengeratkan hubungan ukhuwah. Ia juga mencerminkan nilai-nilai murni yang sentiasa menjadi tunjang perjuangan UMNO dalam membela nasib rakyat,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Hairi turut menzahirkan penghargaan kepada pihak pengurusan dan jawatankuasa Surau TPI Stulang Baru atas sambutan baik serta kerjasama erat yang diberikan sepanjang program berlangsung.

“Terima kasih kepada seluruh kariah dan pengurusan surau atas keprihatinan dan sokongan yang amat bermakna. Semoga Ramadan kali ini terus menyatukan hati-hati kita dalam kebaikan dan memperkukuh semangat persaudaraan sesama masyarakat,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan bahawa semangat gotong-royong, kesederhanaan dan keprihatinan yang ditonjolkan sepanjang Ramadan seharusnya diteruskan sepanjang tahun sebagai asas kepada kekuatan masyarakat dan perpaduan negara.- UMNO Online

Program Ihya’ Ramadan Eratkan Silaturahim Masyarakat – ADUN Larkin

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noktahkan Budaya Fitnah Dan Politik Toksik – Dr Aswad

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker