Infrastruktur Lebih Baik, Keselesaan Rakyat Diutamakan – Mohd Shahar

Infrastruktur Lebih Baik, Keselesaan Rakyat Diutamakan – Mohd Shahar

Infrastruktur Lebih Baik, Keselesaan Rakyat Diutamakan – Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata projek menaiktaraf jalan dan sistem perparitan di FT229, Jalan Permatang Badak merupakan antara inisiatif penting bagi memastikan kesejahteraan serta keselamatan rakyat terus terpelihara, seiring dengan komitmen kerajaan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur yang lebih baik dan mampan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan tapak pagi tadi bersama Ahli Majlis Bandaraya Kuantan, Datuk Zaili, Penyelaras DUN Panching, YBhg. Saudara Hasrul Afizan serta wakil daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Roadcare bagi meninjau pelaksanaan projek berkenaan.

“Alhamdulillah, projek ini telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi kerja-kerja menaiktaraf jalan dan RM600,000 bagi kerja-kerja menaiktaraf sistem perparitan (longkang) di laluan tersebut,” katanya.

Menurut beliau, kerja-kerja menaiktaraf ini melibatkan penggunaan kaedah CIPR (Cold In-Place Recycling), iaitu satu pendekatan moden yang mengambil sedikit masa lebih panjang untuk disiapkan, namun memberi hasil jalan yang lebih kukuh, tahan lama serta menjamin keselamatan pengguna.

Datuk Mohd Shahar turut menjelaskan bahawa projek ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam menaik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan


taraf prasarana awam di kawasan luar bandar dan pinggir bandar, sekali gus mempertingkatkan mutu kehidupan rakyat setempat.

“Insya-Allah, usaha ini adalah komitmen berterusan kita untuk memastikan kemudahan infrastruktur yang lebih baik demi keselesaan dan keselamatan rakyat. Kita mahu setiap sen peruntukan yang disalurkan benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak JKR, Roadcare serta semua agensi yang terlibat atas kerjasama padu dalam
memastikan kelancaran pelaksanaan projek tersebut.

“Saya mohon semua pengguna Jalan Permatang Badak agar dapat bersabar sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini. Sedikit kesulitan yang dihadapi hari ini adalah demi manfaat jangka panjang kepada semua,” katanya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ahmad Zahid Ucap Takziah Atas Pemergian Tun Abdul Hamid


Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa komitmen kerajaan negeri dan pusat terhadap pembangunan Pahang tidak pernah berkurang, sebaliknya terus diperkukuh dengan pelbagai projek berimpak tinggi yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan
rakyat.

“Ini selaras dengan aspirasi kita untuk Hebatkan Paya Besar, memperkukuh kemajuan Pahang dan menjadikan negeri ini antara yang terbaik dalam aspek pembangunan infrastruktur dan kesejahteraan rakyat,” tambahnya.- UMNO Online

Infrastruktur Lebih Baik, Keselesaan Rakyat Diutamakan – Mohd Shahar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noktahkan Budaya Fitnah Dan Politik Toksik – Dr Aswad

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker