Hafiz Santuni Mangsa Banjir Kilat, Penduduk Kampung Muhibbah Di Awal Ramadan

Hafiz Santuni Mangsa Banjir Kilat, Penduduk Kampung Muhibbah Di Awal Ramadan

Hafiz Santuni Mangsa Banjir Kilat, Penduduk Kampung Muhibbah Di Awal Ramadan

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Ketua Pemuda UMNO Sembrong, Hafiz Ariffin menzahirkan keprihatinan terhadap nasib penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Muhibbah, Paloh semalam sekaligus dapat mendengar harapan masyarakat setempat berhubung masalah terbabit.

Menurut beliau yang juga Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, kunjungan bersama rakan-rakan Pemuda Sembrong itu merupakan sebahagian daripada gerak kerja kebajikan dan kemasyarakatan yang menjadi keutamaan sayap Pemuda UMNO di peringkat akar umbi, terutama ketika rakyat sedang berdepan ujian pada bulan Ramadan yang mulia ini.

“Semalam saya berada di Paloh bersama kawan-kawan Pemuda Sembrong. Kami ziarah Kampung Muhibbah yang dilanda banjir kilat seawal satu Ramadan. Air naik cepat, dan kesannya masih terasa. Kita turun bertanya khabar, mendengar sendiri keluhan serta harapan penduduk supaya ada langkah penambahbaikan yang lebih tuntas selepas ini,” katanya.

Beliau turut berkongsi rasa dukacita apabila menziarahi Abang Atan, seorang penduduk tempatan yang dikenalinya rapat, yang baru kehilangan isteri tercinta pada hari pertama Ramadan.

“Ujian datang bertimpa-timpa dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga Allah SWT mengampuni Allahyarhamah dan mengurniakan ketabahan buat Abang Atan sekeluarga untuk terus kuat menghadapi dugaan,” ujar beliau dengan penuh rasa simpati.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan


Selain aktiviti ziarah, rombongan Pemuda Sembrong turut mengambil kesempatan mengunjungi Bazar Ramadan di kawasan berkenaan bagi menyantuni para peniaga kecil yang sedang mencari rezeki tambahan sempena bulan puasa.

“Biasanya apabila masuk pertengahan Ramadan, kita akan singgah berbual panjang, tapi memandangkan ini masih di awal Ramadan, kami sampaikan sedikit buah kurma kepada para peniaga sebagai tanda sokongan dan penghargaan. Semoga usaha kecil ini memberi semangat kepada mereka untuk terus berusaha mencari rezeki dengan penuh keberkatan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Hafiz menegaskan bahawa Ramadan bukan sekadar bulan ibadah semata-mata, tetapi juga waktu terbaik untuk memperkukuh nilai kemanusiaan dan rasa tanggungjawab sosial terhadap masyarakat sekeliling.

“Ramadan mengajar kita untuk saling peduli. Dalam apa juga kapasiti yang kita ada, bantulah. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Inilah semangat yang ingin kami hidupkan dalam kalangan anak muda UMNO – sentiasa mendekati rakyat dan menabur bakti,” jelasnya.

Beliau turut menyeru semua lapisan masyarakat untuk terus mengekalkan semangat kesatuan, saling membantu serta memperkukuh perpaduan yang menjadi asas kepada kekuatan negara dan parti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ahmad Zahid Ucap Takziah Atas Pemergian Tun Abdul Hamid


“Semoga bulan yang mulia ini membawa rahmat dan keberkatan buat kita semua serta menjadi titik permulaan kepada masyarakat yang lebih prihatin, bersatu dan penuh kasih sayang,” tambahnya.

Hafiz Santuni Mangsa Banjir Kilat, Penduduk Kampung Muhibbah Di Awal Ramadan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noktahkan Budaya Fitnah Dan Politik Toksik – Dr Aswad

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker