Gempa bumi 6.8 magnitud gegar perairan Sabah, gempa terkuat di Malaysia setakat ini

Gempa bumi 6.8 magnitud gegar perairan Sabah, gempa terkuat di Malaysia setakat ini

Gempa bumi 6.8 magnitud gegar perairan Sabah, gempa terkuat di Malaysia setakat ini
MetMalaysia dalam kenyataan pagi ini memaklumkan pusat gempa itu terletak pada koordinat 7.0 darjah Utara dan 116.4 darjah Timur, dengan kedalaman 678 kilometer. – Foto MetMalaysia

KOTA KINABALU: Gempa bumi kuat magnitud 6.8 melanda perairan Sabah pada 12.57 tengah malam tadi namun tidak membawa sebarang ancaman tsunami.

Ini merupakan gempa bumi terbesar yang pernah direkodkan berhampiran Malaysia sejak gempa bumi bermagnitud 6.6 di Lahad Datu pada 1923.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pagi ini memaklumkan pusat gempa itu terletak pada koordinat 7.0 darjah Utara dan 116.4 darjah Timur, dengan kedalaman 678 kilometer (km).

“Pusat gempa bumi berada pada jarak 49 km ke Barat dari Kudat, Sabah.

“Gegaran dirasai di Sabah serta beberapa kawasan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun, setakat ini tiada ancaman tsunami dilaporkan,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan itu dari semasa ke semasa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Noktahkan Budaya Fitnah Dan Politik Toksik – Dr Aswad


Jabatan itu juga memohon orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi berkenaan supaya menyalurkan maklumat dengan mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/bRkJBUqLEPAf8KVw9.

Gegaran dilaporkan dirasai di sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan beberapa daerah lain di Pantai Barat, selain turut dirasai di beberapa kawasan di Sarawak.

Gempa bumi 6.8 magnitud gegar perairan Sabah, gempa terkuat di Malaysia setakat ini
Penghuni di PPR Sri Serigai bertindak keluar dari kediaman dan berkumpul dalam di dewan serbaguna susulan gegaran yang dirasai akibat gempa bumi yang berlaku di perairan Kota Kinabalu. – Foto NSTP

Di Kepayan dekat sini, seorang penduduk Petrus Bius berkata, ketika kejadian dia sedang berehat sebelum tiba-tiba terasa rumahnya bergegar.

“Saya masa itu sedang berehat, tiba-tiba rasa gegaran dalam 10 saat macam itu. Memang jelas terasa,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Serigai, Putatan, kebanyakan penghuni yang merasai gegaran bertindak keluar dari kediaman masing-masing dan berkumpul di dewan sebagai langkah berjaga-jaga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan


Malah, terdapat juga beberapa penghuni yang mengambil keputusan meninggalkan kawasan berkenaan dengan menaiki kenderaan bersama ahli keluarga bagi memastikan keselamatan.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah ketika dihubungi Bernama mengesahkan tiada sebarang kes tidak diingini dilaporkan susulan kejadian gempa itu.

“Dimaklumkan bahawa setakat ini, tiada sebarang panggilan kecemasan berkaitan gempa bumi diterima.

“Semua balai sedang melaksanakan rondaan dan pemantauan di kawasan jagaan masing-masing bagi memastikan keselamatan orang awam serta keadaan persekitaran berada dalam keadaan selamat dan terkawal,” katanya.

Gegaran dilaporkan dirasai di sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan beberapa daerah lain di Pantai Barat, selain turut dirasai di beberapa kawasan di Sarawak.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker