Tok Ajak Terus Dekati Rakyat, Raikan Ramadan Bersama Pesara Tentera dan Polis
Tok Ajak Terus Dekati Rakyat, Raikan Ramadan Bersama Pesara Tentera dan Polis

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Setiap kali Ramadan menjelma, pelbagai pihak khususnya pimpinan masyarakat tidak melepaskan peluang untuk turun padang menyantuni rakyat di kawasan masing-masing.
Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Kerja Tertiggi (MKT) UMNO, pendekatan turun padang menjadi amalan berterusan dalam memastikan masyarakat di kawasannya terus disantuni dan tidak dipinggirkan, lebih-lebih lagi di bulan penuh keberkatan ini.
Beliau yang lebih mesra disapa ‘Tok Ajak’ seterusnya menambah bulan Ramadan bukan sahaja masa untuk beribadah, tetapi juga peluang memperkukuh silaturahim antara pemimpin dan masyarakat.
“Syukur Alhamdulillah, Ramadan kedua semalam Tok Ajak dapat berbuka puasa di Masjid As-Saadah. Sempena Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Tok Ajak jemput Pesara Tentera dan Pesara Polis berbuka sama,” katanya.
Beliau turut memaklumkan sebelum majlis berbuka, para jemaah telah mengadakan majlis tahlil arwah sebagai tanda penghargaan kepada para pejuang kemerdekaan, khususnya bekas tentera dan polis yang telah kembali ke rahmatullah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ziarah Ramadan Erat Silaturahim, Mohd Raqib Santuni Golongan Memerlukan
- Marilah Bertaut Kembali Kepada UMNO … Dengan Keikhlasan, Kesetiaan Kepada Perjuangan
- Ihya’ Ramadan: Masjid dan Surau Kepala Batas Terima Sumbangan
Menurutnya, pengorbanan mereka wajar dihargai kerana jasa golongan tersebut telah memastikan keamanan dan kemerdekaan negara dapat dinikmati hingga ke hari ini.
“Tok Ajak ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pesara tentera dan polis yang masih terus berkhidmat untuk masyarakat dalam pelbagai cara. Semangat patriotik dan nilai perjuangan mereka menjadi inspirasi kepada generasi muda,” ujarnya.
Selain itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada jawatankuasa masjid dan penduduk setempat yang menjayakan majlis berkenaan dengan penuh semangat kekeluargaan dan perpaduan.
“Program seperti ini bukan sekadar berbuka puasa bersama, tetapi juga wadah mengeratkan hubungan di antara masyarakat dan kepimpinan setempat. Insya-Allah, Tok Ajak dan pasukan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif sepanjang Ramadan ini bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Telok Mas terus terpelihara,” tambahnya.- UMNO Online
Tok Ajak Terus Dekati Rakyat, Raikan Ramadan Bersama Pesara Tentera dan Polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Komited Perkukuh Tadbir Urus, Sistem Keselamatan Selaras Aspirasi Malaysia Madani
- RUU Pengasingan Peranan AG – Pendakwa Raya, Had Tempoh PM Dibentang Kali Pertama Isnin Ini
- Perkukuh Agenda Perumahan Rakyat Demi Kesejahteraan Bangsa Johor – Onn Hafiz
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan
You must be logged in to post a comment.