Tadarus & Khatam Al-Quran PERWEP Putrajaya: Tengku Adnan Harap Program Keagamaan Terus Dilaksana

Tadarus & Khatam Al-Quran PERWEP Putrajaya: Tengku Adnan Harap Program Keagamaan Terus Dilaksana

Tadarus & Khatam Al-Quran PERWEP Putrajaya: Tengku Adnan Harap Program Keagamaan Terus Dilaksana

PUTRAJAYA, 21 Feb – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berharap agar program-program keagamaan dan kebajikan yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadan dapat diteruskan sehingga ke penghujung bulan yang mulia ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya berkata demikian ketika menghadiri program Tadarrus dan Khatam Al-Quran anjuran Persatuan Warga Emas Putrajaya (PERWEP) 2026 yang berlangsung di Surau Al Ghazali Fasa 4B Presint 8, semalam.

Menurut beliau, penganjuran program seperti tadarrus dan khatam Al-Quran bukan sahaja mengimarahkan rumah ibadah, malah mampu mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat, khususnya golongan warga emas.

“Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan rahmat. Saya berharap program-program sebegini akan diteruskan sehingga ke akhir Ramadan kerana inilah bulan yang baik untuk kita memperbanyakkan amal ibadah serta mengukuhkan perpaduan dalam komuniti,” katanya ketika berucap di hadapan para peserta.

Program tersebut menyaksikan penyertaan aktif ahli-ahli PERWEP yang terdiri daripada warga emas sekitar Putrajaya dengan bersama-sama meluangkan masa membaca, memahami dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran secara berkumpulan sebelum mengadakan majlis khatam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ahmad Zahid Ucap Takziah Atas Pemergian Tun Abdul Hamid


Tengku Adnan memaklumkan bahawa selain pengisian rohani, majlis turut menjadi platform untuk memperkukuh jaringan sosial dalam kalangan warga emas agar mereka sentiasa aktif, sihat dan terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa PERWEP atas komitmen dan kesungguhan dalam menganjurkan program yang memberi manfaat besar kepada masyarakat, terutama dalam menyemarakkan suasana Ramadan di Putrajaya.

Tadarus & Khatam Al-Quran PERWEP Putrajaya: Tengku Adnan Harap Program Keagamaan Terus Dilaksana
“Penglibatan warga emas dalam aktiviti keagamaan seperti ini wajar diteruskan kerana ia membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk terus menyumbang kepada pembangunan sahsiah dan kesejahteraan masyarakat.

“Diharapkan inisiatif seumpama ini akan terus menjadi acara tahunan yang memperkukuh semangat kebersamaan serta memupuk budaya mencintai Al-Quran dalam kalangan penduduk Putrajaya,” katanya lagi.

Program berkenaan diakhiri dengan doa selamat, dalam suasana penuh ukhuwah dan kesyukuran. – UMNO Online

Tadarus & Khatam Al-Quran PERWEP Putrajaya: Tengku Adnan Harap Program Keagamaan Terus Dilaksana


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan

 

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker