Noktahkan Budaya Fitnah Dan Politik Toksik – Dr Aswad

Noktahkan Budaya Fitnah Dan Politik Toksik – Dr Aswad

Noktahkan Budaya Fitnah Dan Politik Toksik – Dr Aswad

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Dr. Aswad Ithnain menggesa agar budaya fitnah dan kenyataan liar yang didakwa dilakukan oleh Pemuda Pakatan Harapan (PH) Johor dihentikan segera demi menjaga keharmonian politik negeri itu.

Menurut beliau, Johor terbina atas dasar muafakat, santun budi dan tatasusila yang tinggi, namun kebelakangan ini landskap politik negeri dicemari dengan naratif berunsur fditnah serta kenyataan tidak berasas.

“Johor adalah negeri yang terbina atas dasar muafakat, santun budi dan tatasusila yang tinggi. Namun kebelakangan ini, saya melihat dengan hati yang berat bagaimana landskap politik negeri kita dicemari dengan kenyataan-kenyataan liar dan naratif berunsur fitnah yang dilemparkan secara berterusan oleh rakan-rakan daripada Pemuda Pakatan Harapan (PH) Johor.

“Ketegasan saya hari ini bukan bermaksud untuk mencari musuh, tetapi untuk mempertahankan maruah Bangsa Johor yang kian rimas dengan politik toksik. Rentetan serangan dalam isu agihan kerusi, ugutan bertanding solo serta cubaan memanipulasi isu bekalan air demi kepentingan politik sempit adalah tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab. Ia ibarat ‘membakar kelambu kerana marahkan nyamuk

dr aswad yang menjadi mangsa akhirnya adalah rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ahmad Zahid Ucap Takziah Atas Pemergian Tun Abdul Hamid


Dr. Aswad turut mempersoalkan tahap kematangan pihak berkenaan apabila setiap perbezaan pendapat diakhiri dengan serangan peribadi dan tohmahan terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri.

“Di mana letaknya kematangan apabila setiap perbezaan pendapat diakhiri dengan serangan peribadi dan tohmahan melulu terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri? Kerajaan Johor sedang menjalankan pelbagai inisiatif bagi menangani cabaran ekonomi dan kos sara hidup, namun pimpinan Pemuda PH nampaknya lebih sibuk menagih kerusi dan jawatan Exco, seolah-olah kuasa itu lebih utama daripada keringat rakyat di bawah,” ujarnya.

Ujarnya lagi, politik adalah amanah untuk berbakti dan bukan medan menyemai kebencian, selain menyeru agar budaya “politik tanpa fakta” dinoktahkan demi memelihara keharmonian negeri di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.

“Hentikanlah budaya ‘politik tanpa fakta’ ini. Noktahkanlah fitnah yang hanya akan memecah-belahkan keharmonian yang telah lama kita jaga di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Janganlah kita menjadi punca retaknya ukhuwah sesama kita hanya kerana rakus mengejar kedudukan.

“Pemuda UMNO Johor akan terus berdiri teguh menyokong kestabilan di bawah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, demi memastikan setiap anak muda di negeri ini mempunyai masa depan yang lebih cerah tanpa gangguan drama politik yang tidak berkesudahan,” tambahnya.— UMNO Online

Noktahkan Budaya Fitnah Dan Politik Toksik – Dr Aswad


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker