Khairi Turun Padang, Tinjau Bazar Ramadan Platform Peniaga Serta Masyarakat Setempat
Khairi Turun Padang, Tinjau Bazar Ramadan Platform Peniaga Serta Masyarakat Setempat

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Ketua UMNO Iskandar Puteri, Datuk Mohammad Khari A. Malik melihat bazar Ramadan merupakan salah satu platform yang bukan sahaja memberi manfaat kepada peniaga malah kepada masyarakat setempat.
Menurut beliau semangat usahawan kecil dan para peniaga yang lain apabila tiba Ramadan saban tahun cukup gigih mencari pendapatan dengan pelbagai alternatif masing-masing.
“Alhamdulillah, semalam berkesempatan membuat kunjungan dan tinjauan ke Bazar Ramadan Taman Nusa Perintis, Gelang Patah bagi melihat sendiri suasana serta perkembangan aktiviti para peniaga dan sambutan daripada masyarakat setempat.
“Saya amat berbesar hati melihat semangat para usahawan kecil dan peniaga tempatan yang terus gigih berniaga dalam memeriahkan suasana Ramadan, di samping menyediakan pelbagai juadah berbuka puasa untuk kemudahan penduduk sekitar.
“Semoga usaha para peniaga ini terus diberkati dan dipermudahkan, serta Bazar Ramadan ini terus menjadi platform yang memberi manfaat kepada komuniti dan membantu merancakkan ekonomi setempat. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran Bazar Ramadan ini,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Khari sebelum ini turut memaklumkan buat pertama kali, semua kawasan bazar Ramadan di bawah MBIP diselaraskan pada satu kadar sewaan sahaja iaitu RM270 bagi satu tapak, sekali gus menjadi kadar paling rendah sejak Iskandar Puteri dinaik taraf sebagai bandaraya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ziarah Ramadan Erat Silaturahim, Mohd Raqib Santuni Golongan Memerlukan
- Marilah Bertaut Kembali Kepada UMNO … Dengan Keikhlasan, Kesetiaan Kepada Perjuangan
- Ihya’ Ramadan: Masjid dan Surau Kepala Batas Terima Sumbangan
Menurut beliau inisiatif tersebut adalah hasil perjuangan bersama Ahli-Ahli Majlis MBIP dalam membuka peluang rezeki kepada peniaga Melayu dan usahawan kecil.
“Buat pertama kali semua bazar Ramadan di bawah MBIP diselaraskan pada satu kadar sewaan sahaja iaitu RM270 bagi satu tapak, yang merupakan kadar paling rendah sejak Iskandar Puteri dinaik taraf sebagai bandaraya.” ujarnya.- UMNO Online
Khairi Turun Padang, Tinjau Bazar Ramadan Platform Peniaga Serta Masyarakat Setempat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Komited Perkukuh Tadbir Urus, Sistem Keselamatan Selaras Aspirasi Malaysia Madani
- RUU Pengasingan Peranan AG – Pendakwa Raya, Had Tempoh PM Dibentang Kali Pertama Isnin Ini
- Perkukuh Agenda Perumahan Rakyat Demi Kesejahteraan Bangsa Johor – Onn Hafiz
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan
You must be logged in to post a comment.