Wanita hamil ketakutan, penanggal berkeliaran depan rumah
Wanita hamil ketakutan, penanggal berkeliaran depan rumah

JAKARTA – Seorang wanita hamil di Tapin, wilayah Kalimantan Selatan terkejut apabila kamera televisyen litar tertutup (CCTV) miliknya merakam lembaga didakwa penanggal berkeliaran di hadapan rumah pada waktu malam, lapor portal berita Kalimantan Live.
Kejadian berlaku di Desa Bitahan pada 8 Februari lalu.
Rakaman CCTV dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @folkshiff menunjukkan makhluk misteri itu melayang dari satu pokok ke pokok lain sebelum hilang.
Wanita itu meminta bapanya untuk memeriksa keadaan di luar rumah, namun mereka tidak menemui apa-apa.
Dia percaya makhluk misteri itu adalah hantu penanggal selepas CCTV merakamkan kelibat serupa pada pukul 12 pagi (waktu tempatan).
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Sangat menyeramkan, di sana (Kalimatan Selatan) memang ada penanggal,” kata seorang netizen.
“Kalau di Kalimantan, saya percaya kerana ramai penduduk mengamalkan ilmu hitam,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
Wanita hamil ketakutan, penanggal berkeliaran depan rumah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Komited Perkukuh Tadbir Urus, Sistem Keselamatan Selaras Aspirasi Malaysia Madani
- RUU Pengasingan Peranan AG – Pendakwa Raya, Had Tempoh PM Dibentang Kali Pertama Isnin Ini
- Perkukuh Agenda Perumahan Rakyat Demi Kesejahteraan Bangsa Johor – Onn Hafiz
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan
You must be logged in to post a comment.