Tudor cari tonik sebelum turun berperang

Tudor cari tonik sebelum turun berperang

Tudor cari tonik sebelum turun berperang
BARISAN pemain Tottenham yang dibawa menjamu selera sebelum turun berdepan Arsenal. -FOTO X

London: Igor Tudor membawa pemain Tottenham menjamu selera menjelang aksi panas Derby London Utara menentang Arsenal, Ahad ini.

Pengendali baharu Spurs itu dilantik minggu lalu dan terus diberi tugasan besar mempersiapkan pasukan bagi perlawanan penuh dendam menentang seteru tradisi.

Dalam usaha menaikkan moral skuad, Tudor membawa pemain ke restoran Greek-Cypriot, Ousia di Muswell Hill yang terletak kurang lima batu dari Stadium Tottenham Hotspur.

Gambar kunjungan berkenaan tular di media sosial dengan Xavi Simmons, Djed Spence, Wilson Odobert, Yves Bissouma, Pape Matar Sarr, Destiny Udogie dan Kevin Danso dilihat paling hampir dengan kamera.

Turut kelihatan ialah Mathys Tel, Guglielmo Vicario, Joao Palhinha, Pedro Porro dan Micky van de Ven, manakala Tudor berdiri di bahagian belakang bersama staf kejurulatihan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ahmad Zahid Ucap Takziah Atas Pemergian Tun Abdul Hamid


Wajah pemain jelas ceria ketika mereka memburu kemenangan penting ke atas Arsenal yang kini memimpin liga dalam tekanan.

Situasi liga menambah lagi tekanan buat Spurs. Arsenal berpeluang berada hanya dua mata di depan Manchester City menjelang sepak mula, manakala Tottenham mungkin memulakan aksi di tangga ke-17 sekiranya Nottingham Forest menewaskan Liverpool.

West Ham yang kini di tangga ke-18 juga berpeluang merapatkan jurang apabila bertandang ke Bournemouth.

Ia menyaksikan Tudor memiliki 12 perlawanan untuk mengelak Spurs daripada terjerumus dalam perebutan zon penyingkiran sebagai pengendali sementara.

Tindakan awalnya itu menerima reaksi positif dalam kalangan penyokong di media sosial.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rebut Ganjaran Ramadan, Tingkatkan Ibadah – Wan Rosdy


Seorang pengguna X menulis dia mula menyukai pendekatan Tudor yang mengumpulkan pemain untuk makan bersama sebelum aksi besar.

Seorang lagi menyifatkan ada tanda kebangkitan, manakala pengguna lain memuji wujudnya semangat kebersamaan dalam pasukan.

Bagaimanapun, ada juga yang berseloroh dengan mengingatkan episod “lasagna” menjelang derby London menentang West Ham pada era Martin Jol apabila beberapa pemain jatuh sakit akibat makanan tercemar.

Tudor cari tonik sebelum turun berperang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan

 

 



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker