Ramai mangsa banjir di Pitas belum daftar, angka sebenar lebih besar
Ramai mangsa banjir di Pitas belum daftar, angka sebenar lebih besar

PITAS: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini dijangka lebih ramai berbanding yang sudah dilaporkan setakat ini, berikutan proses pendaftaran yang agak lambat.
Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Datuk Seri Ruddy Awah, berkata daftar mangsa banjir yang dilaporkan di lapan PPS, di sini, setakat ini belum merangkumi semua mangsa yang dipindahkan.
“Ada empat PPS dibuka di Pitas dengan seramai 1,584 mangsa membabitkan 774 ketua isi rumah (KIR) didaftarkan setakat ini tapi masih ramai lagi yang belum didaftarkan.
“Proses pendaftaran lambat kerana petugas di PPS terpaksa membuat secara manual disebabkan liputan internet yang tidak baik di sini. Pendaftaran mangsa sepatutnya dibuat secara dalam talian bagi mempercepatkan prosesnya tapi kita berdepan masalah talian internet,” katanya ditemui pemberita, di sini, hari ini.
Beliau berkata, situasi kali ini lebih besar kerana membabitkan lebih ramai mangsa dan banyak kawasan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ziarah Ramadan Erat Silaturahim, Mohd Raqib Santuni Golongan Memerlukan
- Marilah Bertaut Kembali Kepada UMNO … Dengan Keikhlasan, Kesetiaan Kepada Perjuangan
- Ihya’ Ramadan: Masjid dan Surau Kepala Batas Terima Sumbangan
Katanya, kerajaan negeri akan memastikan mangsa banjir menerima bantuan sewajarnya bagi meringankan beban ditanggung mereka akibat musibah berkenaan.
Sementara itu, Ruddy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, berkata proses pemindahan mangsa banjir ke PPS berjalan lancar susulan tindakan pantas ramai mangsa berpindah ke tempat lebih tinggi sejurus kediaman mereka dinaiki air.
“Soal kebajikan, terutama makan minum terjaga dan tiada sebarang keluhan setakat ini, semua berpuas hati kerana dilayan dengan baik. Bagaimanapun, kita mengakui ada keperluan untuk meningkatkan kebajikan dan mempercepatkan bantuan kerana banjir kali ini cukup besar,” katanya.
Ramai mangsa banjir di Pitas belum daftar, angka sebenar lebih besar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Komited Perkukuh Tadbir Urus, Sistem Keselamatan Selaras Aspirasi Malaysia Madani
- RUU Pengasingan Peranan AG – Pendakwa Raya, Had Tempoh PM Dibentang Kali Pertama Isnin Ini
- Perkukuh Agenda Perumahan Rakyat Demi Kesejahteraan Bangsa Johor – Onn Hafiz
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan
You must be logged in to post a comment.