Perkukuh Agenda Perumahan Rakyat Demi Kesejahteraan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Perkukuh Agenda Perumahan Rakyat Demi Kesejahteraan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Perkukuh Agenda Perumahan Rakyat Demi Kesejahteraan Bangsa Johor – Onn Hafiz

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) terus memperkukuh agenda perumahan rakyat sebagai keutamaan demi memastikan setiap keluarga di Johor memiliki kediaman yang selesa dan selamat.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor berkata di bawah agenda besar Perumahan Kasih Johor, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran 100,000 Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) menjelang 2030, dengan lebih 20,000 unit telah siap dibina antara 2022 hingga 2025.

Menurut beliau usaha ini diperkukuh melalui pelbagai inisiatif termasuk:
1. Bantuan Beli Rumah Pertama RM5,000 kepada 20,000 penerima bagi menampung kos guaman, pinjaman dan duti setem;
2. Bantuan Masuk Rumah RM2,000 yang diperluaskan kepada golongan M40 yang membeli rumah berharga RM500,000 dan ke bawah;
3. Subsidi Bina Baharu sehingga RM30,000 bagi membantu membina rumah atas tanah sendiri.
4. Rumah Percuma (bina baharu) dan Baik Pulih Rumah Daif untuk keluarga miskin dan miskin tegar;
5. Penyelenggaraan PPR, RSK dan flat awam bagi memastikan kediaman sedia ada kekal selamat dan selesa.

Sementara itu beliau ketika turun ke kawasan, Simpang Renggam, berpeluang menziarahi penerima Rumah Kasih Johor bina baharu di Kampung Seri Maju Jaya, Machap serta projek baik pulih di Kampung Setia Jaya.

“Saya melihat sendiri bagaimana dasar ini diterjemahkan dan senyuman penuh syukur pada raut wajah setiap penerima.

“Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh agenda perumahan rakyat secara strategik, dan berkesan. Setiap inisiatif dirancang bagi memastikan manfaatnya dirasai secara adil dan memberi impak menyeluruh kepada seluruh Bangsa Johor,” katanya.

Onn Hafiz turut berharap usaha dalam agenda perumahan ini terus memperkasa kesejahteraan Bangsa Johor serta memperkukuh Johor sebagai negeri maju, stabil dan sejahtera untuk setiap lapisan rakyat. – UMNO Online

Perkukuh Agenda Perumahan Rakyat Demi Kesejahteraan Bangsa Johor – Onn Hafiz

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahmad Zahid Ucap Takziah Atas Pemergian Tun Abdul Hamid


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker