Penduduk serbu masjid dari tengah hari, dapat RM69 untuk tarawih
Penduduk serbu masjid dari tengah hari, dapat RM69 untuk tarawih

JAKARTA – Penduduk di Sumenep, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian ramai kerana memenuhi sebuah masjid dari tengah hari untuk menunaikan solat tarawih bagi mendapatkan hadiah berupa wang tunai, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ceritakotakeris menunjukkan orang ramai berpusu-pusu mencari tempat paling selesa di dalam dan sekitar kawasan masjid.
Lebih menarik, mereka sanggup membentangkan sejadah di tepi jalan dan menunggu dari petang sehingga masuk waktu Isyak.
Kesungguhan itu didakwa tercetus apabila ahli politik dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) memberikan sampul berisi wang kertas mencecah 300,000 rupiah (RM69) kepada jemaah.
Tradisi ini menjadi pengalaman yang dinanti-nantikan oleh warga setempat.
Sebilangan pengguna media sosial memuji semangat orang ramai dalam menyambut Ramadhan, sebilangan lagi berpendapat bahawa kesungguhan itu didorong kerana duit. – AGENSI
Penduduk serbu masjid dari tengah hari, dapat RM69 untuk tarawih
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Komited Perkukuh Tadbir Urus, Sistem Keselamatan Selaras Aspirasi Malaysia Madani
- RUU Pengasingan Peranan AG – Pendakwa Raya, Had Tempoh PM Dibentang Kali Pertama Isnin Ini
- Perkukuh Agenda Perumahan Rakyat Demi Kesejahteraan Bangsa Johor – Onn Hafiz
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan
You must be logged in to post a comment.