Pelancong China ditemui lemas di Pantai Tanjung Rhu
Pelancong China ditemui lemas di Pantai Tanjung Rhu

LANGKAWI: Pelancong lelaki warga China yang dilaporkan hilang ketika berenang di Pantai Tanjung Rhu, petang semalam, ditemukan lemas pagi ini.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin, berkata mayat mangsa, Mingfei Lan, 48, dari Shanghai, China ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 9.45 pagi.
Beliau berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di permukaan air berhampiran Pulau Chabang, kira-kira 50 meter dari lokasi terakhir dia dilihat.
“Identiti mangsa disahkan oleh isteri dan anaknya yang membuat pengecaman,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Khairul Azhar berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Maliha untuk bedah siasat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ziarah Ramadan Erat Silaturahim, Mohd Raqib Santuni Golongan Memerlukan
- Marilah Bertaut Kembali Kepada UMNO … Dengan Keikhlasan, Kesetiaan Kepada Perjuangan
- Ihya’ Ramadan: Masjid dan Surau Kepala Batas Terima Sumbangan
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan penuh bedah siasat,” katanya.
Terdahulu, hasil siasatan polis mendapati mangsa berenang bersendirian menghala ke Pulau Cabang kira-kira jam 5.30 petang semalam.
“Anak lelaki mangsa yang berada di pantai menyedari bapanya tidak timbul sehingga jam jam 6 petang sebelum memaklumkan kejadian kepada pengurusan hotel berhampiran untuk mendapatkan bantuan.
“Operasi SAR dimulakan pada jam 9 malam dengan anggota bomba melakukan pencarian di sekitar Pantai Tanjung Rhu, namun tidak menemui sebarang petunjuk sehingga operasi disambung pagi ini,” katanya.
Pelancong China ditemui lemas di Pantai Tanjung Rhu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Komited Perkukuh Tadbir Urus, Sistem Keselamatan Selaras Aspirasi Malaysia Madani
- RUU Pengasingan Peranan AG – Pendakwa Raya, Had Tempoh PM Dibentang Kali Pertama Isnin Ini
- Perkukuh Agenda Perumahan Rakyat Demi Kesejahteraan Bangsa Johor – Onn Hafiz
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan
You must be logged in to post a comment.