Munoz tagih JDT raih tiga mata berdepan Sabah FC – Munoz
Munoz tagih JDT raih tiga mata berdepan Sabah FC – Munoz

Johor Bahru: Selepas meredakan tekanan layak ke pusingan 16 terbaik saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mengalih tumpuan dengan membuat persediaan berdepan Sabah FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam esok.
Yang pasti pengendali JDT, Xisco Munoz berdepan tugasan pertama membuat persiapan skuad dalam bulan Ramadan dan perlu mengubah jadual latihan sepanjang bulan berkenaan bagi menghadapi skuad kendalian penolong ketua jurulatih, Alto Linus.
“Apa yang penting kita teruskan persiapan untuk saingan liga domestik dan mengekalkan momentum sepanjang 90 minit permainan. Kita tidak boleh bersikap sambil lewa menentang Sabah FC.
“Beberapa muka baharu yang di bawa masuk dalam pasukan Sabah FC harus diawasi dan mungkin mereka akan tampil lebih agresif apabila berdepan JDT, oleh itu kita perlu meneruskan transisi permainan lebih teratur.
“Sama ada saya akan senaraikan dua bekas pemain Sabah FC iaitu, Ajdin (Mujagic) dan Stuart (Wilkin) itu belum diputuskan dan kita tengok nanti siapa yang akan beraksi dalam kesebelasan utama dan sasaran kita adalah mengutip tiga mata,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ziarah Ramadan Erat Silaturahim, Mohd Raqib Santuni Golongan Memerlukan
- Marilah Bertaut Kembali Kepada UMNO … Dengan Keikhlasan, Kesetiaan Kepada Perjuangan
- Ihya’ Ramadan: Masjid dan Surau Kepala Batas Terima Sumbangan
Selepas mengharungi 16 perlawanan liga, skuad Harimau Selatan unggul di persada liga dengan mengumpul 48 mata dan rekod tanpa kalah masih kebal manakala skuad The Rhinos berada di tangga ke-11 dan hanya mengumpul 14 mata.
Pengendali kelahiran Sepanyol itu tidak menolak akan merancang rotasi pemain bagi memberi ruang kepada pemain yang kurang minit permainan untuk beraksi dalam perlawanan kompetitif dan ia juga beri pendedahan terbaik sebelum menentang Melaka FC pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia, di Stadium Hang Jebat, 25 Februari ini.
Munoz tagih JDT raih tiga mata berdepan Sabah FC – Munoz
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Komited Perkukuh Tadbir Urus, Sistem Keselamatan Selaras Aspirasi Malaysia Madani
- RUU Pengasingan Peranan AG – Pendakwa Raya, Had Tempoh PM Dibentang Kali Pertama Isnin Ini
- Perkukuh Agenda Perumahan Rakyat Demi Kesejahteraan Bangsa Johor – Onn Hafiz
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan
You must be logged in to post a comment.