Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan

Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan

Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan

MELAKA, 20 Feb – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyeru rakyat negeri ini untuk terus menghayati dan mempertahankan semangat kemerdekaan sempena sambutan Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan yang diperingati setiap 20 Februari.

Menurut beliau, detik bersejarah pada 20 Februari 1956 di Padang Banda Hilir merupakan permulaan perjalanan negara menuju kemerdekaan dan kedaulatan. Pada tarikh tersebut, laungan “Merdeka!” telah bergema, menandakan satu fasa penting dalam sejarah tanah air sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1957.

Ab Rauf berkata, sebagai generasi pewaris, rakyat hari ini memikul tanggungjawab besar untuk memastikan kemerdekaan yang dikecapi terus terpelihara dan bermakna.

“Ingatlah, detik 20 Februari 1956 inilah laungan Merdeka! bergema di Padang Banda Hilir, yang menyaksikan permulaan perjalanan menuju sebuah negara berdaulat.
Sebagai generasi pewaris, menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan kedaulatan negara, memperkukuh semangat kebangsaan dan memastikan kemerdekaan ini terus bermakna,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Beliau turut menegaskan bahawa kemerdekaan bukan sekadar catatan sejarah, sebaliknya satu amanah yang perlu dijaga bersama tanpa mengira latar belakang.

“Peliharalah kemerdekaan ini dengan kasih sayang. Kerana negara ini bukan milik satu suara, tetapi milik kita semua. Kemerdekaan adalah warisan, perpaduan adalah tanggungjawab,” tambah beliau lagi. – UMNO Online

Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahmad Zahid Ucap Takziah Atas Pemergian Tun Abdul Hamid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker