Kerajaan Komited Perkukuh Tadbir Urus, Sistem Keselamatan Selaras Aspirasi Malaysia Madani
Kerajaan Komited Perkukuh Tadbir Urus, Sistem Keselamatan Selaras Aspirasi Malaysia Madani

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Kerajaan komited untuk memperkukuhkan tadbir urus, sistem keselamatan dan pembangunan ihsan selaras aspirasi Malaysia Madani, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) sempena Perhimpunan Bulanan dan Ihya’ Ramadan pada Khamis.
“Pertemuan itu menjadi medan penting untuk memperkukuh tekad, nilai dan tanggungjawab bersama dalam memastikan keselamatan serta pembangunan negara terus terpelihara.
“Dalam amanatnya, Perdana Menteri menegaskan bahawa pembangunan manusia mesti berteraskan nilai, syahwat (kawalan nafsu) dan akhlak, dengan penekanan khusus terhadap aspek tersebut sebagai asas pembinaan masyarakat dan negara.
“Turut dibincangkan ialah kemajuan teknologi dan kecemerlangan yang tidak boleh dipisahkan daripada pembentukan sahsiah serta tanggungjawab moral. Beliau juga menekankan bahawa keselamatan dan pembangunan negara merupakan tanggungjawab bersama, bukan dipikul oleh satu pihak sahaja,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Tenang Hadapi Situasi Politik, Kestabilan Jadi Kekuatan – TPr Abdul Razak
- Ahmad Zahid Lawat Ibu Pejabat FGV, Tekankan Tadbir Urus Kukuh Dan Hala Tuju Strategik
- Rumah Baharu, Sinar Kehidupan Baharu Buat Keluarga Di Kampung Poh – Adun Behrang
Selamat Tahun Baharu Cina, Ahmad Zahid Seru Kukuhkan Perpaduan
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, peranan KDN dan agensi keselamatan amat penting dalam menjamin ketahanan negara serta meningkatkan keyakinan rakyat.

“Kerjasama dan koordinasi antara agensi dalam dan luar KDN perlu diperkukuh bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar.
“Antara perkara utama yang dibangkitkan ialah pencapaian dan refleksi tiga tahun, reformasi pendidikan dan kecerdasan buatan (AI); integriti dan tindakan undang-undang; logistik dan keusangan aset; integrasi data prestasi sistem, ‘war room’ serta tadbir urus.
“Perjumpaan itu sekali gus mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh tadbir urus, sistem keselamatan dan pembangunan ihsan selaras dengan aspirasi Malaysia Madani,” katanya lagi.
Untuk rekod, mesyuarat tersebut dihadiri oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri; Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; Datuk Dr Awang Alik Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri; dan Datuk Seri Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Zaidy Ajak Warga Jeram Padang Rebut Ganjaran Ramadan, Perkukuh Ukhwah
- Demi Pendidikan Anak Bangsa
- Onn Hafiz Seru Perkukuh Perpaduan Bangsa Johor Sempena Tahun Baharu Cina 2026
Turut hadir ialah Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri; Datuk Mohd Shaiful Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi); Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri; Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha; Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. – UMNO Online
Kerajaan Komited Perkukuh Tadbir Urus, Sistem Keselamatan Selaras Aspirasi Malaysia Madani
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ziarah Ramadan Erat Silaturahim, Mohd Raqib Santuni Golongan Memerlukan
- Marilah Bertaut Kembali Kepada UMNO … Dengan Keikhlasan, Kesetiaan Kepada Perjuangan
- Ihya’ Ramadan: Masjid dan Surau Kepala Batas Terima Sumbangan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.