Jonassen pertahan pemilihan Jin Wei
Jonassen pertahan pemilihan Jin Wei

Kuala Lumpur: Pengarah Kejurulatihan Perseorangan negara, Kenneth Jonassen menegaskan pemilihan pemain perseorangan wanita profesional, Goh Jin Wei menyertai skuad Piala Uber dibuat berdasarkan prestasi dan pengalaman dimilikinya bagi menghadapi kejohanan berpasukan itu.
Bagi Jonassen, kejohanan seperti itu amat memerlukan kestabilan pasukan serta barisan pemain berkualiti bagi memastikan setiap perlawanan dapat diharungi dengan baik.
“Sudah tentu saya mahukan pasukan yang seimbang di mana kita berpotensi mempunyai tiga perseorangan wanita pada tahap hampir sama, yang agak unik. Ia menjadikan pasukan sangat kompetitif.
“Ia akan menjadikan pasukan lebih stabil dan kuat. Jin Wei menyertai pasukan negara bukan sesuatu yang baharu.
“Jangan lupa, dia juga sebahagian daripada pasukan Piala Sudirman tahun lalu, jadi kehadirannya bukan sesuatu yang baharu,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ziarah Ramadan Erat Silaturahim, Mohd Raqib Santuni Golongan Memerlukan
- Marilah Bertaut Kembali Kepada UMNO … Dengan Keikhlasan, Kesetiaan Kepada Perjuangan
- Ihya’ Ramadan: Masjid dan Surau Kepala Batas Terima Sumbangan
Tambahnya, Malaysia berpotensi memiliki tiga pemain perseorangan wanita pada tahap hampir sama, sekali gus memberikan kelebihan dari segi kedalaman skuad.
“Sebagai perseorangan ketiga, Jin Wei boleh memainkan peranan penting dan memberi lebih pilihan kepada pasukan. Pengalamannya dalam acara berpasukan juga menjadi nilai tambah,” katanya.
Ketika ini, K Lestshanaa dan Wong Ling Ching bakal menjadi sandaran utama dan kehadiran Jin Wei pasti akan memberi motivasi buat pasukan.
Jonassen pertahan pemilihan Jin Wei
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Komited Perkukuh Tadbir Urus, Sistem Keselamatan Selaras Aspirasi Malaysia Madani
- RUU Pengasingan Peranan AG – Pendakwa Raya, Had Tempoh PM Dibentang Kali Pertama Isnin Ini
- Perkukuh Agenda Perumahan Rakyat Demi Kesejahteraan Bangsa Johor – Onn Hafiz
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan
You must be logged in to post a comment.