Jangan pandang DPMM ‘sebelah mata’
Jangan pandang DPMM ‘sebelah mata’

Kuala Lumpur: Pengendali Kuala Lumpur City (KL City) FC, Risto Vidakovic memberi amaran supaya anak buahnya tidak memandang rendah DPMM menjelang aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, esok.
Menurutnya, sebarang sikap ambil mudah boleh mengundang padah walaupun KL City turun dengan reputasi lebih meyakinkan berdasarkan prestasi semasa.
Pengendali berusia 57 tahun itu mengharapkan momentum kemenangan selepas mara ke suku akhir Piala Malaysia minggu lalu mampu menyuntik keyakinan tambahan buat skuad warga kota.
Tanpa dibelenggu kecederaan serius membabitkan tonggak utama, Vidakovic bagaimanapun menegaskan ia bukan alasan untuk terlalu yakin.
Rekod hanya dua kekalahan dalam saingan Liga Super setakat ini terus meletakkan KL City sebagai antara pasukan paling konsisten musim ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ziarah Ramadan Erat Silaturahim, Mohd Raqib Santuni Golongan Memerlukan
- Marilah Bertaut Kembali Kepada UMNO … Dengan Keikhlasan, Kesetiaan Kepada Perjuangan
- Ihya’ Ramadan: Masjid dan Surau Kepala Batas Terima Sumbangan
Malah, kemenangan bergaya 4 0 ke atas DPMM pada aksi pusingan pertama sebelum ini dilihat memberi kelebihan psikologi buat tuan rumah.
Namun bagi Vidakovic, rekod lampau tidak menjamin apa apa jika fokus dan disiplin gagal dikekalkan sepanjang 90 minit permainan.
“DPMM membawa masuk ramai muka baharu. Tiada perlawanan yang mudah buat kami dan setiap aksi kami perlu bergelut.
Setiap pemain diingatkan mereka boleh menjadi ‘mangsa’ kepada pasukan lawan jika memandang remeh keupayaan mereka,” katanya.
Beliau menegaskan pemain perlu berjuang habis habisan kerana itu sahaja jalan untuk memastikan kedudukan pasukan terus kukuh dalam carta liga.
Dalam masa sama, jurulatih dari Serbia itu turut berharap pengurusan dapat memberi perhatian serius terhadap kebajikan pasukan.
“Pasukan dalam keadaan baik dan penyokong semakin ramai hadir ke stadium. Kami sudah berikan yang terbaik, mudah mudahan pengurusan akan bertindak balas,” katanya.
Jangan pandang DPMM ‘sebelah mata’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Komited Perkukuh Tadbir Urus, Sistem Keselamatan Selaras Aspirasi Malaysia Madani
- RUU Pengasingan Peranan AG – Pendakwa Raya, Had Tempoh PM Dibentang Kali Pertama Isnin Ini
- Perkukuh Agenda Perumahan Rakyat Demi Kesejahteraan Bangsa Johor – Onn Hafiz
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan
You must be logged in to post a comment.