FAM mungkin wajah baharu?

FAM mungkin wajah baharu?

FAM mungkin wajah baharu?
FAM dijangka akan dibarisi muka baru. -FOTO Arkib

Kuala Lumpur: Barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka berwajah baharu apabila lebih 90 peratus kepimpinan badan induk itu berkemungkinan diisi individu baharu.

Walaupun tiada sebarang pengumuman rasmi mengenai perkara itu, sumber memaklumkan perubahan besar sedang dirancang sekali gus memberi bayangan era baharu bakal bermula dalam pentadbiran bola sepak negara.

Menurut sumber sama, kebanyakan muka lama mungkin tidak lagi berada dalam barisan kepimpinan FAM bagi penggal akan datang.

“Setakat ini orang lama dalam FAM mungkin tiada lagi dalam barisan kepimpinan FAM. Ramai mungkin menunggu daripada keputusan Mahkamah Timbang Tara (CAS) kerana bimbang FAM digantung atau kena tindakan lebih buruk lagi nanti.

“Tapi desas desus mengatakan orang baru akan pimpin FAM kelak. Jadi apa pun kita tunggu nanti,” kata sumber berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ahmad Zahid Ucap Takziah Atas Pemergian Tun Abdul Hamid


Perkembangan itu mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pemerhati bola sepak tempatan yang melihat ia sebagai proses pembaharuan menyeluruh.

Keputusan daripada CAS juga dikatakan menjadi antara faktor utama mengapa tiada kenyataan terbuka dibuat setakat ini.

Ada pihak bimbang sebarang keputusan tidak memihak boleh membawa implikasi lebih besar termasuk risiko penggantungan oleh badan bola sepak antarabangsa.

Situasi itu menyebabkan beberapa individu dikatakan mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum membuat sebarang keputusan untuk tampil memimpin.

Dalam masa sama, desas desus mengenai kemunculan barisan baharu terus berlegar dengan beberapa nama mula diperkatakan di peringkat dalaman.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rebut Ganjaran Ramadan, Tingkatkan Ibadah – Wan Rosdy


Mengikut rekod, FAM mengumumkan semua exco badan induk itu meletakkan jawatan serta-merta susulan sekatan dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap badan kebangsaan itu dan tujuh pemain warisan berhubung pemalsuan dokumen.

Langkah itu membuka ruang kepada AFC membantu FAM menjalankan penilaian dalaman secara menyeluruh.

Pada masa sama, bekas Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan bahawa tiada mana-mana individu dalam kalangan bekas exco badan induk itu menyuarakan hasrat untuk kembali bertanding setakat ini.

FAM mungkin wajah baharu?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker