Aksi ‘panas’ di MBPJ
Aksi ‘panas’ di MBPJ

Kuala Lumpur: Pertembungan antara Selangor dan Kuching City dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam esok ibarat aksi pra separuh akhir Piala Malaysia yang lebih awal dinantikan peminat.
Kedua-dua pasukan ketika ini berada dalam kelompok teratas liga dengan Gergasi Merah mengumpul 32 mata di tangga kedua, hanya satu mata di depan The Cats yang menghuni kedudukan ketiga.
Situasi itu menjadikan aksi berkenaan bukan sekadar perebutan tiga mata, sebaliknya ujian psikologi menjelang perhitungan sebenar di separuh akhir Piala Malaysia, April ini.
Lebih menarik, pertembungan itu turut membabitkan percaturan dua jurulatih berprofil tinggi, Kim Pan-gon dan Aidil Sharin Sahak yang terkenal dengan pendekatan taktikal tersusun.
Pan gon yang belum tewas dalam sembilan perlawanan berturut turut sejak membimbing Selangor pada Januari lalu mengakui Kuching City bukan lawan yang boleh dipandang mudah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ziarah Ramadan Erat Silaturahim, Mohd Raqib Santuni Golongan Memerlukan
- Marilah Bertaut Kembali Kepada UMNO … Dengan Keikhlasan, Kesetiaan Kepada Perjuangan
- Ihya’ Ramadan: Masjid dan Surau Kepala Batas Terima Sumbangan
Menurutnya, pasukan dari Borneo itu memiliki identiti permainan tersendiri dan berada dalam prestasi terbaik musim ini.
“Ia akan menjadi perlawanan yang menarik kerana kami akan bertemu lawan sama di separuh akhir. Namun untuk aksi liga, saya sedar Kuching City antara pasukan terkuat,” katanya.
Tambahnya lagi, Selangor perlu memberikan aksi terbaik walaupun beraksi di laman sendiri dan tidak boleh terlalu yakin.
Rekod pertemuan lalu juga memihak kepada Kuching City apabila Selangor tewas 0 1 di Stadium Negeri, Kuching pada September lalu, sekali gus memberi amaran awal buat tuan rumah.
Kehadiran beberapa tonggak baharu seperti Gabriel Palmero dan Jerome Etame menambah sengat The Cats yang kini semakin sukar dijinakkan.
Sementara itu, Aidil enggan mendedahkan perancangan pasukannya namun menjangkakan aksi di MBPJ bakal berlangsung sengit dengan sokongan padu penyokong Selangor dijangka menjadi cabaran tambahan buat anak buahnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Zaidy Ajak Warga Jeram Padang Rebut Ganjaran Ramadan, Perkukuh Ukhwah
- Demi Pendidikan Anak Bangsa
- Onn Hafiz Seru Perkukuh Perpaduan Bangsa Johor Sempena Tahun Baharu Cina 2026
Rebut Ganjaran Ramadan, Tingkatkan Ibadah – Wan Rosdy
Tidak mustahil kedua-dua pengendali itu menyimpan ‘senjata rahsia’ bagi mengelak strategi sebenar mereka dihidu lebih awal menjelang aksi kalah mati nanti.
Pan gon yang belum tewas dalam sembilan perlawanan berturut turut sejak membimbing Selangor pada Januari lalu mengakui Kuching City bukan lawan yang boleh dipandang mudah.
Menurutnya, pasukan dari Borneo itu memiliki identiti permainan tersendiri dan berada dalam prestasi terbaik musim ini.
“Ia akan menjadi perlawanan yang menarik kerana kami akan bertemu lawan sama di separuh akhir. Namun untuk aksi liga, saya sedar Kuching City antara pasukan terkuat,” katanya.
Tambahnya lagi, Selangor perlu memberikan aksi terbaik walaupun beraksi di laman sendiri dan tidak boleh terlalu yakin.
Rekod pertemuan lalu juga memihak kepada Kuching City apabila Selangor tewas 0 1 di Stadium Negeri, Kuching pada September lalu, sekali gus memberi amaran awal buat tuan rumah.
Kehadiran beberapa tonggak baharu seperti Gabriel Palmero dan Jerome Etame menambah sengat The Cats yang kini semakin sukar dijinakkan.
Sementara itu, Aidil enggan mendedahkan perancangan pasukannya namun menjangkakan aksi di MBPJ bakal berlangsung sengit dengan sokongan padu penyokong Selangor dijangka menjadi cabaran tambahan buat anak buahnya.
Aksi ‘panas’ di MBPJ
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Komited Perkukuh Tadbir Urus, Sistem Keselamatan Selaras Aspirasi Malaysia Madani
- RUU Pengasingan Peranan AG – Pendakwa Raya, Had Tempoh PM Dibentang Kali Pertama Isnin Ini
- Perkukuh Agenda Perumahan Rakyat Demi Kesejahteraan Bangsa Johor – Onn Hafiz
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan
You must be logged in to post a comment.