2,181 mangsa banjir dipindah di Pitas, Kota Marudu

2,181 mangsa banjir dipindah di Pitas, Kota Marudu

2,181 mangsa banjir dipindah di Pitas, Kota Marudu
Anggota APM membantu memindahkan penduduk terjejas banjir di Pitas. Foto ihsan APM

KOTA KINABALU: Seramai 2,181 mangsa banjir dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan aementara (PPS) di Kota Marudu dan Pitas, setakat awal malam ini.

Jumlah itu berdasarkan laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Seretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) yang mengumpul data mangsa banjir di PPS kedua-dua daerah.

Daripada jumlah itu, seramai 1,401 mangsa direkodkan di tiga PPS di Kota Marudu, manakala seramai 780 mangsa di lima PPS di Pitas.

Di Kota Marudu, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taritipan menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 815 orang, diikuti PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek (296 orang) dan PPS SMK Tandek II (290 orang).

Di Pitas, seramai 365 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Majlis Daerah, diikuti PPS SK Salimpodon Darat (145 orang), PPS Dewan Kusilad (129 orang), PPS SK Rukom Ulu (78 orang) dan PPS Dewan Kebatasan (63 orang).

Hujan berterusan sejak semalam itu turut menyebabkan beberapa kejadian tanah runtuh dan puluhan lokasi laluan jalan raya ditenggelami air setakat hari ini.

2,181 mangsa banjir dipindah di Pitas, Kota Marudu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker