10 maut dalam 7 hari, angka sangat membimbangkan – JPJ Terengganu

10 maut dalam 7 hari, angka sangat membimbangkan – JPJ Terengganu

10 maut dalam 7 hari, angka sangat membimbangkan - JPJ Terengganu
(Gambar fail) Pengarah JPJ Terengganu, Mohd Zamri Samion. – NSTP/GHAZALI KORI

KUALA TERENGGANU: Sepuluh kematian akibat kemalangan dengan sebahagian besarnya membabitkan penunggang motosikal, direkodkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu sepanjang tempoh tujuh hari operasi khas sempena Tahun Baharu Cina dari 13 hingga 19 Februari lalu.

Pengarah JPJ Terengganu, Mohd Zamri Samion, berkata perkara itu amat membimbangkan dan memerlukan penguatkuasaan lebih tegas terhadap golongan penunggang motosikal.

“Kira-kira 60 peratus kematian di jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal. Rekod 10 kematian dalam tempoh tujuh hari adalah angka yang sangat membimbangkan.

“Justeru, kita tidak akan berkompromi dalam isu pematuhan undang-undang jalan raya, terutama bagi motosikal kerana risiko kemalangan yang tinggi membabitkan kenderaan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai Operasi Khas Motosikal 2026 sempena Tahun Baharu Cina yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini, malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ahmad Zahid Ucap Takziah Atas Pemergian Tun Abdul Hamid


Operasi itu memberi tumpuan terhadap kesalahan kritikal seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, memandu bawah umur serta pengubahsuaian motosikal secara ekstrem

Mengulas lanjut, Mohd Zamri memaklumkan sejak Januari lalu hingga semalam, pihaknya mengeluarkan sebanyak 4,099 saman, larangan penggunaan kenderaan (179), notis sita (117) serta panggilan temu siasat (496).

“Kesalahan cukai jalan tamat tempoh mencatatkan jumlah paling tinggi dengan 896 kes, diikuti tiada perlindungan insurans (885), tiada lesen memandu (871), memandu bawah umur (79) dan pengubahsuaian motosikal secara ekstrem (89),” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya turut mengambil tindakan terhadap penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar membabitkan 371 kes, melanggar lampu isyarat (78) serta menggunakan telefon bimbit ketika memandu (satu).

Dalam tempoh sama, katanya, sebanyak 13,774 kenderaan diperiksa dengan 1,797 dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rebut Ganjaran Ramadan, Tingkatkan Ibadah – Wan Rosdy


Seterusnya, Mohd Zamri berkata, aktiviti lumba haram dalam kalangan golongan muda turut menjadi fokus utama kerana ia bukan saja membahayakan diri tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.

Beliau berkata, penunggang motosikal adalah golongan paling terdedah jika berlaku kemalangan, justeru pihaknya akan mempergiatkan operasi bagi memastikan mereka mematuhi peraturan, termasuk memiliki lesen sah dan dokumen kenderaan lengkap.

Mohd Zamri turut menggesa ibu bapa memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak, terutama yang menunggang motosikal, bagi mengelakkan mereka terbabit kegiatan berisiko seperti perlumbaan haram.

“Usaha mengurangkan kadar kematian serta kemalangan jalan raya memerlukan kerjasama semua pihak, selain kesedaran masyarakat mengenai keselamatan jalan raya perlu dipertingkatkan,” katanya.

10 maut dalam 7 hari, angka sangat membimbangkan – JPJ Terengganu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ketua Menteri Melaka Seru Rakyat Hayati Semangat Hari Pengisytiharan Kemerdekaan



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker