Ziarah Ramadan Erat Silaturahim, Mohd Raqib Santuni Golongan Memerlukan
Ziarah Ramadan Erat Silaturahim, Mohd Raqib Santuni Golongan Memerlukan

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Mohd Raqib Abu Hassan bersama kepimpinan UMNO Bahagian mengambil inisiatif menziarahi penduduk di sekitar Kampung Bikan sempena menyambut ketibaan Ramadan.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Terap berkata, program ziarah tersebut bertujuan untuk mendekati masyarakat setempat serta memastikan kebajikan mereka terus diberi perhatian menjelang bulan mulia.
“Sempena menyambut ketibaan Ramadan, kami kepimpinan UMNO Bahagian telah mengambil kesempatan untuk menziarahi beberapa penduduk di sekitar Kampung Bikan.
“Dalam kunjungan tersebut, kami turut beramah mesra serta bertanya khabar bagi memastikan keadaan penduduk setempat berada dalam keadaan baik menjelang ibadah puasa.
“Semoga semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Sementara itu, menerusi hantaran berbeza, beliau turut sama berbesar hati menyalurkan bantuan katil pesakit kepada seorang warga emas di Kampung Baru Labu Besar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Tenang Hadapi Situasi Politik, Kestabilan Jadi Kekuatan – TPr Abdul Razak
- Ahmad Zahid Lawat Ibu Pejabat FGV, Tekankan Tadbir Urus Kukuh Dan Hala Tuju Strategik
- Rumah Baharu, Sinar Kehidupan Baharu Buat Keluarga Di Kampung Poh – Adun Behrang
Selamat Tahun Baharu Cina, Ahmad Zahid Seru Kukuhkan Perpaduan

Menurut beliau, sumbangan tersebut merupakan susulan daripada kunjungan ziarah yang diadakan sebelum ini selepas dimaklumkan mengenai keperluan keluarga berkenaan.
“Minggu lalu, saya telah menziarahi Paklong Mail. Ketika kami berbual, anak beliau memaklumkan bahawa mereka memerlukan katil pesakit untuk kegunaan ayahnya berikutan keadaan kesihatan beliau ketika ini.
“Saya memaklumkan kepada mereka agar memberikan sedikit masa kerana katil tersebut perlu ditempah terlebih dahulu, dan saya berjanji akan menghantarnya sebaik sahaja ia tiba.
“Alhamdulillah, katil tersebut telah tiba semalam, dan pagi ini saya sendiri hadir untuk menyerahkannya di kediaman Paklong Mail. Semoga Paklong Mail terus diberikan kekuatan dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan oleh Allah SWT,” ujar beliau. – UMNO Online
Ziarah Ramadan Erat Silaturahim, Mohd Raqib Santuni Golongan Memerlukan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Zaidy Ajak Warga Jeram Padang Rebut Ganjaran Ramadan, Perkukuh Ukhwah
- Demi Pendidikan Anak Bangsa
- Onn Hafiz Seru Perkukuh Perpaduan Bangsa Johor Sempena Tahun Baharu Cina 2026
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.