Marilah Bertaut Kembali Kepada UMNO … Dengan Keikhlasan, Kesetiaan Kepada Perjuangan
Marilah Bertaut Kembali Kepada UMNO … Dengan Keikhlasan, Kesetiaan Kepada Perjuangan

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar menyeru semua pihak untuk kembali bertaut kepada UMNO dengan keikhlasan dan kesetiaan perjuangan.
Menerusi satu kenyataan, beliau berkata demikian susulan daripada pembubaran sebelas bahagian PPBM di Johor akibat kemelut berpanjangan.
“Saya mengambil maklum perkembangan terkini yang menyaksikan pembubaran sebelas bahagian PPBM di Johor termasuk Bahagian Johor Bahru susulan kemelut dalaman berpanjangan.
“Perkembangan ini harus dijadikan iktibar bahawa kekuatan politik orang Melayu tidak boleh dibina atas perpecahan, sebaliknya mesti diasaskan atas kesatuan dan kestabilan.
“Sejarah membuktikan bahawa UMNO merupakan wadah asal perjuangan bangsa Melayu di mana tempat lahirnya kepimpinan, dasar dan hala tuju negara sejak sebelum dan selepas merdeka. Di sinilah asas kekuatan politik Melayu dibentuk dan diperkukuhkan,” katanya.
Ujarnya, seruan tersebut selari dengan gagasan ‘Rumah Bangsa’ yang diperkenalkan ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Tenang Hadapi Situasi Politik, Kestabilan Jadi Kekuatan – TPr Abdul Razak
- Ahmad Zahid Lawat Ibu Pejabat FGV, Tekankan Tadbir Urus Kukuh Dan Hala Tuju Strategik
- Rumah Baharu, Sinar Kehidupan Baharu Buat Keluarga Di Kampung Poh – Adun Behrang
Selamat Tahun Baharu Cina, Ahmad Zahid Seru Kukuhkan Perpaduan
“Sehubungan itu, saya menyeru serta menjemput seluruh ahli PPBM yang terlibat untuk kembali kepada akar perjuangan, kembali ke wadah asal dan bersama-sama memperkukuh kesatuan politik Melayu melalui UMNO.
“Ketika landskap politik semakin mencabar, kita tidak mampu terus berpecah dalam kelompok kecil yang melemahkan suara dan pengaruh kita.
“Seruan ini selari dengan gagasan ‘Rumah Bangsa’ yang diperkenalkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, satu agenda besar untuk menyatukan semula kekuatan Melayu di bawah satu payung yang stabil, matang dan diyakini rakyat,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa ini adalah masa terbaik untuk kembali kepada asas perjuangan, memperkukuh kesatuan Melayu di samping memelihara kestabilan Negeri Johor.
“Dalam konteks Johor, kestabilan politik hari ini membolehkan negeri terus melangkah ke hadapan di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Kepimpinan beliau yang tegas, berwawasan dan berorientasikan hasil telah memastikan Johor terus mencatat prestasi memberangsangkan dalam pelaburan, penciptaan peluang pekerjaan, pengurusan fiskal negeri serta peningkatan keyakinan pelabur.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semoga Tahun Baharu Cina Terus Jadi Medan Perkukuh Perpaduan – Onn Hafiz
- Keputusan Sertai UMNO Dibuat MKT – Ahmad Maslan
- Rehlah Islahiyah Penuh Penghayatan Dan Pengisian, Kukuhkan Ukhuwah
Lapan Teras Utama DUN Paya Rumput Berjaya Direalisasi Demi Kesejahteraan Rakyat – Rais
“Justeru, marilah bertaut kembali kepada UMNO dengan semangat perpaduan, keikhlasan dan kesetiaan kepada perjuangan sebenar. Ketepikan perbezaan kecil, tolak politik perpecahan, dan utamakan agenda pembangunan negeri yang lebih besar.
“Inilah masanya untuk kembali kepada asas perjuangan: memperkukuh kesatuan Melayu, memelihara kestabilan Johor, dan membina masa depan negeri yang lebih makmur serta berdaya saing di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang terbukti dan diyakini,” katanya lagi.

Terdahulu, landskap politik Johor dikejutkan dengan pengumuman pembubaran sebelas bahagian PPBM di negeri tersebut susulan peletakan jawatan ketua bahagian secara beramai-ramai. Tindakan itu dikaitkan dengan kemelut dalaman parti yang berlarutan dan ketidaksefahaman berkaitan hala tuju serta kepimpinan.
Antara bahagian yang terlibat adalah Johor Bahru, Pontian, Simpang Renggam, Sembrong, Mersing, Pengerang, Labis, Tanjung Piai, Sri Gading, Ledang dan Pulai. Perkembangan ini dilihat sebagai satu episod penting dalam dinamika politik Johor memandangkan negeri tersebut mempunyai sejarah persaingan politik yang signifikan dan kedudukan strategik dalam peta politik nasional. – UMNO Online
Marilah Bertaut Kembali Kepada UMNO … Dengan Keikhlasan, Kesetiaan Kepada Perjuangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Zaidy Ajak Warga Jeram Padang Rebut Ganjaran Ramadan, Perkukuh Ukhwah
- Demi Pendidikan Anak Bangsa
- Onn Hafiz Seru Perkukuh Perpaduan Bangsa Johor Sempena Tahun Baharu Cina 2026
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.