Ihya’ Ramadan: Masjid dan Surau Kepala Batas Terima Sumbangan

Ihya’ Ramadan: Masjid dan Surau Kepala Batas Terima Sumbangan

Ihya’ Ramadan: Masjid dan Surau Kepala Batas Terima Sumbangan

KEPALA BATAS, 19 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, meneruskan tradisi menyampaikan Sumbangan Ihya’ Ramadan kepada masjid dan surau di seluruh Parlimen Kepala Batas.

Menurut beliau, Ramadan merupakan madrasah ibadah yang amat besar nilainya dan menjadi peluang terbaik untuk umat Islam merebut ganjaran pahala, keampunan serta rahmat Allah SWT yang dijanjikan dengan kemuliaan luar biasa.

“Sejak 15 tahun lalu, setiap kali menjelang Ramadan, saya akan menyampaikan Sumbangan Ihya’ Ramadan kepada masjid dan surau di kawasan Parlimen Kepala Batas sebagai tanda sokongan berterusan kepada institusi masjid,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Ujarnya, bagi Ramadan kali ini, majlis sumbangan telah diadakan di Masjid Al Ariffi dengan sebanyak 38 buah masjid dan 85 buah surau dalam Parlimen Kepala Batas, yang diwakili pengerusi masing-masing, hadir menerima sumbangan berbentuk kewangan, kurma, beras dan Takwim Ramadan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd. atas sumbangan lima kilogram kurma kepada setiap masjid dan surau yang terlibat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selamat Tahun Baharu Cina, Ahmad Zahid Seru Kukuhkan Perpaduan


Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Haji Ramli Omar, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang; Ustaz Mohd Naim Salleh, Pegawai Penyelaras Kadun Penaga; Encik Zahar Zainul, Pegawai Penerangan kepada Chow Kon Yeow; Encik Nordin Wahab, Naib Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas; Datuk Ahmad Darus, Setiausaha UMNO Bahagian Kepala Batas; Saudara Helmi Juhari, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas serta Saudara Abrar Sadiq, Ketua Pemuda Amanah Kawasan Kepala Batas.

Ihya’ Ramadan: Masjid dan Surau Kepala Batas Terima Sumbangan

Reezal turut merakamkan penghargaan kepada Tuan Haji Edrus Beduh selaku Pengerusi Qaryah Masjid Al Ariffi bersama jawatankuasanya yang membantu melancarkan perjalanan majlis.

Beliau berharap sumbangan yang diberikan dapat membantu mengimarahkan masjid dan surau sepanjang Ramadan menerusi pelbagai aktiviti ibadah, sekali gus menyemarakkan lagi keberkatan bulan yang mulia itu. – UMNO Online

Ihya’ Ramadan: Masjid dan Surau Kepala Batas Terima Sumbangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rebut Ganjaran Ramadan, Tingkatkan Ibadah – Wan Rosdy

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker