Bekas putera Britain bebas selepas ditahan
Bekas putera Britain bebas selepas ditahan

LONDON – Bekas putera Britain, Andrew Mountbatten-Windsor dibebaskan semalam selepas ditahan berhubung dakwaan salah laku semasa memegang jawatan awam, lapor akhbar The Independent.
Imej dikongsi media tempatan menunjukkan Andrew duduk di belakang sebuah kenderaan sambil merenung tajam ke hadapan ketika meninggalkan Balai Polis Aylsham di Norfolk selepas ditahan selama 11 jam.
Polis menggeledah sebuah hartanah yang dikaitkan dengan Andrew selepas beliau ditahan di Sandringham Estate semalam.
Polis Thames Valley berkata, mereka sedang menyiasat dakwaan bahawa anak lelaki kedua Ratu Elizabeth II itu berkongsi dokumen sensitif dengan pesalah seks, Jeffrey Epstein semasa berkhidmat sebagai utusan perdagangan Britain.
Dakwaan mengenainya muncul fail dalam ‘bapa ayam’ Epstein, mengandungi berjuta-juta muka surat yang didedahkan kepada umum oleh Jabatan Kehakiman (DOJ).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Zaidy Ajak Warga Jeram Padang Rebut Ganjaran Ramadan, Perkukuh Ukhwah
- Demi Pendidikan Anak Bangsa
- Onn Hafiz Seru Perkukuh Perpaduan Bangsa Johor Sempena Tahun Baharu Cina 2026
Dalam satu kenyataan, Raja Charles menyuarakan kebimbangan mendalam berhubung penahanan adiknya.
“Apa yang kini menyusul adalah proses yang penuh, adil dan betul di mana isu ini disiasat dengan cara yang sesuai dan oleh pihak berkuasa yang sesuai,” kata Raja Charles.
Andrew yang menyambut ulang tahun ke-66 pada hari sama telah berulang kali menafikan sebarang salah laku berhubung kaitannya dengan Epstein. – AGENSI
Bekas putera Britain bebas selepas ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ziarah Ramadan Erat Silaturahim, Mohd Raqib Santuni Golongan Memerlukan
- Marilah Bertaut Kembali Kepada UMNO … Dengan Keikhlasan, Kesetiaan Kepada Perjuangan
- Ihya’ Ramadan: Masjid dan Surau Kepala Batas Terima Sumbangan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahmad Zahid Ucap Takziah Atas Pemergian Tun Abdul Hamid
You must be logged in to post a comment.