Ahmad Zahid Ucap Takziah Atas Pemergian Tun Abdul Hamid

Ahmad Zahid Ucap Takziah Atas Pemergian Tun Abdul Hamid

Ahmad Zahid Ucap Takziah Atas Pemergian Tun Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 19 Feb — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menzahirkan ucapan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdul Hamid Mohamad, mantan Ketua Hakim Negara yang telah kembali ke rahmatullah semalam bersamaan 1 Ramadan 1447H.

Beliau yang juga Presiden UMNO menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat negara, khususnya dalam bidang kehakiman, memandangkan jasa dan sumbangan yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau.

“Saya merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tun Abdul Hamid Mohamad. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada negara, terutama institusi kehakiman yang pernah beliau terajui dengan penuh integriti dan ketegasan,” katanya dalamhantaran di laman Facebooknya.

Menurut Ahmad Zahid, Allahyarham dikenang sebagai seorang tokoh yang berprinsip serta komited dalam mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

“Dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh,” katanya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selamat Tahun Baharu Cina, Ahmad Zahid Seru Kukuhkan Perpaduan


Beliau turut berharap agar seluruh ahli keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian tersebut.

“Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang sukar ini,” ujar beliau. – UMNO Online

Ahmad Zahid Ucap Takziah Atas Pemergian Tun Abdul Hamid

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rebut Ganjaran Ramadan, Tingkatkan Ibadah – Wan Rosdy

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker