Zaidy Ajak Warga Jeram Padang Rebut Ganjaran Ramadan, Perkukuh Ukhwah
Zaidy Ajak Warga Jeram Padang Rebut Ganjaran Ramadan, Perkukuh Ukhwah

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menyeru seluruh warga di kawasan itu agar menjadikan kehadiran Ramadan Al-Mubarak sebagai medan memperkukuh keimanan dan memperbanyakkan amal kebajikan.
Menurut beliau, umat Islam sekali lagi dipertemukan dengan bulan penuh keberkatan yang sentiasa dinanti-nantikan saban tahun.
“Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan, bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam iaitu Ramadan Al-Mubarak.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan 1447 Hijrah kepada seluruh warga DUN Jeram Padang dan umat Islam di mana jua berada,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, sebaliknya medan untuk membentuk jiwa yang lebih sabar, bersyukur serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semoga Tahun Baharu Cina Terus Jadi Medan Perkukuh Perpaduan – Onn Hafiz
- Keputusan Sertai UMNO Dibuat MKT – Ahmad Maslan
- Rehlah Islahiyah Penuh Penghayatan Dan Pengisian, Kukuhkan Ukhuwah
Lapan Teras Utama DUN Paya Rumput Berjaya Direalisasi Demi Kesejahteraan Rakyat – Rais
Tambahnya, bulan yang mulia ini wajar dimanfaatkan dengan memperbanyakkan amal ibadah, bersedekah serta mempereratkan silaturahim sesama masyarakat tanpa mengira latar belakang.
“Semoga Ramadan kali ini membawa sinar keinsafan, memperkukuh keimanan serta menyuburkan sifat sabar dan syukur dalam diri kita.
“Marilah kita sama-sama merebut peluang meningkatkan amal ibadah, memperbanyakkan sedekah, mempereratkan silaturahim serta menyemai kasih sayang dalam masyarakat,” ujarnya lagi.
Beliau turut mendoakan agar setiap doa yang dipanjatkan, ibadah yang dilaksanakan dan kebaikan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan diterima serta diberkati oleh Allah SWT.
“Ramadan Kareem. Semoga kita semua diberi kesihatan, kekuatan dan istiqamah sehingga ke penghujungnya,” katanya.— UMNO Online
Zaidy Ajak Warga Jeram Padang Rebut Ganjaran Ramadan, Perkukuh Ukhwah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Tenang Hadapi Situasi Politik, Kestabilan Jadi Kekuatan – TPr Abdul Razak
- Ahmad Zahid Lawat Ibu Pejabat FGV, Tekankan Tadbir Urus Kukuh Dan Hala Tuju Strategik
- Rumah Baharu, Sinar Kehidupan Baharu Buat Keluarga Di Kampung Poh – Adun Behrang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selamat Tahun Baharu Cina, Ahmad Zahid Seru Kukuhkan Perpaduan
You must be logged in to post a comment.