Rebut Ganjaran Ramadan, Tingkatkan Ibadah – Wan Rosdy
Rebut Ganjaran Ramadan, Tingkatkan Ibadah – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail menzahirkan ucapan Salam Ramadan Al-Mubarak 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam khususnya rakyat di negeri Pahang.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan rahmat, yang mendidik jiwa agar sentiasa bersih, memperbaiki akhlak serta mempereratkan hubungan sesama insan.
“Alhamdulillah, kita semua dipertemukan kembali di bulan Ramadan tahun ini, bulan yang mendidik jiwa, membersihkan hati, memperbaiki akhlak serta mempererat hubungan sesama insan.
“Marilah kita manfaatkan setiap detik Ramadan ini dengan memperbanyakkan ibadah, menghidupkan al-Quran, menyuburkan amalan sedekah, serta memperkukuh semangat kebersamaan dan kasih sayang dalam keluarga dan masyarakat.
“Semoga setiap pengorbanan, doa dan amal soleh yang kita lakukan diterima oleh Allah SWT dan menjadi bekalan untuk kehidupan di dunia dan akhirat,” katanya dalam satu kenyataan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semoga Tahun Baharu Cina Terus Jadi Medan Perkukuh Perpaduan – Onn Hafiz
- Keputusan Sertai UMNO Dibuat MKT – Ahmad Maslan
- Rehlah Islahiyah Penuh Penghayatan Dan Pengisian, Kukuhkan Ukhuwah
Lapan Teras Utama DUN Paya Rumput Berjaya Direalisasi Demi Kesejahteraan Rakyat – Rais
Beliau dalam masa yang sama berharap Ramadan kali ini menjadi medan untuk memperkukuh perpaduan, meningkatkan keinsafan serta menyemarakkan budaya saling membantu demi kesejahteraan bersama.
Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata tarikh berpuasa bagi umat Islam di Malaysia adalah pada Khamis, 19 Februari 2026 bersamaan 1 Ramadan 1447 hijrah.
Pada 12 Februari lepas, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi satu kenyataan menetapkan 29 Syaaban 1447 Hijrah untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa buat umat Islam di Malaysia. – UMNO Online
Rebut Ganjaran Ramadan, Tingkatkan Ibadah – Wan Rosdy
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Tenang Hadapi Situasi Politik, Kestabilan Jadi Kekuatan – TPr Abdul Razak
- Ahmad Zahid Lawat Ibu Pejabat FGV, Tekankan Tadbir Urus Kukuh Dan Hala Tuju Strategik
- Rumah Baharu, Sinar Kehidupan Baharu Buat Keluarga Di Kampung Poh – Adun Behrang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selamat Tahun Baharu Cina, Ahmad Zahid Seru Kukuhkan Perpaduan
You must be logged in to post a comment.